Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa Rider Foodpanda Nak Mogok! Apa yang Tak Puas Hati Sangat?
Auto Terkini

Kenapa Rider Foodpanda Nak Mogok! Apa yang Tak Puas Hati Sangat?

AryonBy Aryon29/09/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEKERJA aka rider Foodpanda luar Lembah Klang hari ini melancarkan mogok sebagai protes terhadap keputusan syarikat penghantaran makanan atas talian itu kerana memperkenalkan skim pembayaran baharu yang tidak adil.

Mogok tiga hari itu dibuat serentak dengan pengenalan skim pembayaran baharu yang juga bermula hari ini, dan berlangsung di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Malah pekerja Foodpanda di Pulau Pinang juga dikatakan akan melancarkan mogok sama, hari ini.

Setakat ini, skim pembayaran baharu tersebut belum dilaksanakan kepada rider di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada malam Jumaat lalu, mogok dilaporkan berlaku di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

BACA >>> Ini Mungkin Penunggang GrabFood Paling Laju di Malaysia, Hantar Makanan Naik Ducati

BAGAIMANAKAH SKIM PEMBAYARAN FOODPANDA LAMA ?

Bagi skim pembayaran lama, penghantar Foodpanda akan mendapat:

  • BAYARAN ASAS (RM4/jam) + INSENTIF PESANAN (RM3-RM5/pesanan) ikut Batch.

[Batch: Bayaran mengikut prestasi atau berapa lama jadi rider. Ada 5 Batch, dan Batch 1 paling tinggi.]

Andaikan rider Batch 1 (RM5)  bekerja 6 jam sehari, dia akan dapat bayaran asas RM24 + insentif pesanan RM90 (anggaran tiga tempahan dalam sejam @ RM15/jam). Jadi, rider dapat keseluruhan bayaran RM114 sehari @ 6 jam bekerja.

Ingat, itu bayaran untuk rider Batch 1. Jika rider Batch 5, dia dapat  RM24  + RM54 = RM78 sehari @ 6 jam bekerja.

BAGAIMANAKAH SKIM PEMBAYARAN FOODPANDA BAHARU ?

Bagaimanapun, skim pembayaran baharu Foodpanda akan menghapuskan bayaran asas jam bekerja (RM4/jam). Sebaliknya digantikan insentif pesanan antara RM4.50-RM7/pesanan (dulu RM3-RM5/pesanan).

Foodpanda turut menawarkan bonus RM100/minggu jika selesai 60 jam bekerja seminggu, termasuk bonus RM1/pesanan jika bekerja jam 11 malam hingga 9 pagi.

Nampak macam masyuk-kan?

BACA >>> #Videotomotif: Penunggang, Pembonceng GrabBike Berdekah Ketawa Kerana Wajah Sama

JADI, KENAPA NAK PROTES?

Isunya, kalau rider Batch 1 mahu dapat bonus RM100, dia perlu bekerja tanpa cuti selama 8 jam sehari, atau kerja 12 jam sehari untuk lengkapkan 60 jam seminggu (dipetik MalaysiaKini).

  • 60 jam / 7 hari = 8.5 jam sehari – kerja tanpa cuti, Isnin – Ahad.
  • 60 jam / 6 hari = 10 jam sehari – kerja lebih masa jika mahu cuti sehari.
  • 60 jam / 5 hari = 12 jam sehari – kerja lebih masa jika mahu cuti Sabtu-Ahad.

Bonus diberikan seakan mahu menindas rider untuk bekerja melebihi had masa normal. Ingat, menunggang motosikal memerlukan stamina dan fokus tinggi.

Masalah lain, skim pembayaran lama masih membolehkan rider mendapat bayaran asas (RM4 sejam @ RM24 untuk 6 jam bekerja) atau RM120 untuk 5 hari bekerja. Ini sekurang-kurangnya boleh dianggap sebagai gaji asas sekiranya rider tiada pelanggan.

Malah rider sendiri mengaku perlu menunggu 2-3 jam tanpa mendapat sebarang pesanan (dipetik MalaysiaKini). Ini jauh daripada apa dicanangkan Foodpanda yang boleh dapat tiga pesanan dalam sejam.

Apa kata rider Foodpanda kita?

Auto Terkini Foodpanda Mogok Foodpanda Penghantar Makanan Rider Foodpanda
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026

    5 Comments

    1. Mohamad syakir bin suhali (n9382) on 30/09/2019 19:54

      Jadi kalau contohnya diberi contoh batch 4 .. roster memang teruk kadang Ada kadang tiada kalau ada pun memang hours yg pendek contohnya 3 jam 30 / 3 jam 15 minit macam Mana nak cecah 60jam seminggu? Tambah lagi dengan contoh order sejam satu atau tiada langsung mcm mana? jumlah Rider semakin bertambah kadang order cun kadang teruk langsung tiada. Tolong la perihatin skit dengan Rider Rider yang terkesan dengan sistem baru Dan jadual yang sangat sangat teruk ini. Perkara ini sangat menghimpit Rider yang berada di batch 3 Dan 4. Kesian kan lah kami kami Sayang kerja kami !

      Reply
      • Saf man on 02/10/2019 08:51

        Bukan kira korang online waktu bekerja ke?

        Ikutkan pamahaman aku.. korang kena online dalam tempoh 8.5 jam setiap hari tanpa cuti.. atau 12 jam online isnin sehingga jumaat. Unruk cukupkan jam 60 jam seminggu.

        Janji cukupkan jam bekerja 60 jam seminggu korang dapat rm100.. kan?

        Mmg kalau nak dikirakan.. klo korang sanggup jalan bende yg sama.. online hours yg sama sekarang.. boleh dapat 240/minggu kalau ikut skema jadual lama..

        Tp mungkin korang akan mula rasa mcm kami driver grab yg dah drive since 2016..

        Kitorang langsung xde waktu hours mcm korang.. bangau lah berapa jam pun.. mana ade bayar buta.. hanya kerja ikut fare sahaja..

        Foodpanda xdpt banyak income security dr kawasan luar kl/selangor kot.. tu yg diorang terpaksa cut rm4/hour berbanding 60hour/week/rm100..

        Maybe. Korang kena bantu foodpanda untuk mempromosikan foodpanda kepada merchant foodpanda untuk tambah order dr pelanggan kawasan luar kl/selangor..

        Korang jd lah duta foodpanda.. perkenalkan pada pekedai untuk mendaftar dgn foodpada sebagai merchant.. dan once pelangan online.. nampak ade gerai masih buka.. diorang akan order.. dan memberi banyak peluang open job untuk korang..

        Korang just online je.. yg penting
        “Cukupkan jam bekerja”

        Reply
        • Angah Jebat on 29/12/2019 03:41

          meh pm aku 0109640919

          Reply
    2. . on 08/02/2020 19:02

      kalau tak puas hati pasal sistem ni baik berhenti. senang aku nak kerja sebab takde pesaing. buat meyemak jer rider kalau ramai sangat

      Reply
    3. Abu on 13/05/2020 01:44

      Hi..ada rider daftar..tapi tak nak kerja..duduk kat rumah shj.. banyak org nak kerja.. betul2 unt family mereka..ada yang pakai ID lain org bawa food panda juga..ada manager ankat org dalam shj..diam2.. kebanyakan org apply..tak dapat.. macam2 reason kasi tahu..cakap org dah penuh..beg tak cukup..kena tungu..tapi bila tanyak kat food panda rider..mereka cakap baru ankat org baru 50 org..tapi org tungu kat group..tak perduli..pls lah jan buat macam itu.. ikut cara baik..sebab banyak org mahu kerja rider..unt family mereka..kalau manager ankat kawan2 kamu shj..buat apa kamu semua buat group runner kat wattp..cakap terus terang shj kat org..kami ankat kawan2 kami shj..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.