Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kena Penampar Sebab Tak Bagi Duit Kopi, Anggota Polis, Tentera Hadap Saman Mahkamah
Auto Terkini

Kena Penampar Sebab Tak Bagi Duit Kopi, Anggota Polis, Tentera Hadap Saman Mahkamah

FarahBy Farah10/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu Toyota Hilux mendakwa dikasari anggota polis dan tentera kerana enggan menghulurkan ‘duit kopi’ ketika ditahan di Gua Musang, pada Jun tahun lalu.

Pemandu itu, Mohd Safwan Omar, 33, menfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, semalam bagi menuntut ganti rugi akibat ditampar, ditengking dan cuba disepak.

Mohd Safwan selaku plantif menamakan:

  • Anggota polis, Koperal Mohammad Safuan Jamaluddin sebagai defendan pertama.
  • Anggota tentera, Koperal Mohd Zawawi Ab Rahman sebagai defendan kedua.
  • Pegawai Penyiasat, Inspektor Kamarulzaman Rafli  sebagai defendan ketiga.
  • Ketua Polis Daerah Gua Musang  sebagai defendan keempat.
  • Panglima Angkatan Tentera sebagai defenden kelima.
  • Kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam.

Menurut peguam cara plaintif, Shaharuddin Mohamed, insiden berlaku pada jam 6.15 pagi, 27 Jun 2020 ketika plaintif memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux bersama isteri, Farrah Wahida Mohd dan anak yang membawa sebuah motosikal milik abangnya di ruang but belakang.

Plantif ketika itu sedang memandu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Aring, Gua Musang.

Namun di Bandar Utama Gua Musang, plaintif mendakwa defendan pertama dan kedua yang menaiki kereta peronda polis berhenti dan mempersoalkan status motosikal dibawa sebelum ditunjukkan geran.

Defendan pertama menyatakan plaintif melanggar lampu isyarat merah dan mengeluarkan buku saman serta menyuruh plaintif bertanya kepada defendan kedua yang kemudian meminta ‘duit kopi’ dengan plaintif,” katanya.

Permintaan itu tidak dapat dipenuhi plaintif yang memberitahu tiada wang. Malah, disuruh meminta wang daripada isteri yang juga tidak dapat diberikan. Susulan itu, defendan kedua menuduh plaintif bersikap kurang ajar dan menampar kuat bahagian kiri muka plaintif, termasuk mengarahkan plaintif duduk di tayar belakang kenderaannya.

Defendan pertama kemudian menengking dan bertindak seperti hendak menendang plaintif serta mengetuk pintu cermin mengarahkan isteri plaintif keluar, tetapi isteri enggan kerana ketakutan selain anak mereka sedang tidur.

Plaintif turut mendakwa defenden pertama bercakap kasar kepada isterinya dengan mengugut membawa mereka ke balai polis. Geram tidak dapat ‘duit kopi’, defendan pertama mengeluarkan saman trafik terhadap plaintif kerana kesalahan tidak patuh lampu isyarat merah.

Sementara itu, hasil pemeriksaan Hospital Gua Musang mendapati plaintif mengalami kecederaan tisu di bahagian kiri muka.

Plaintif, yang juga seorang peniaga, memohon penghakiman terhadap semua defendan berupa ganti rugi am atas kecederaan, ganti rugi teladan dan teruk di atas tindakan menampar bahagian muka plaintif sehingga kecederaan yang teruk.

Ganti rugi khas, faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun dikira dari tarikh writ saman difailkan hingga tarikh penghakiman dan faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh penjelasan sepenuhnya, kos guaman atau perintah yang mahkamah fikirkan patut dan adil,”  kata Shaharuddin.

BACA>>> Walaupun Tak Pakai Helmet, Akak Motor Kekal Tenang Siap Cekak Pinggang Depan Polis
BACA>>> Pemandu BMW Langgar Lari Penunggang Rupanya Warga Emas

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini hilux Kompleks Mahkamah Kota Bharu polis polis minta duit kopi
Farah

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.