Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kempen ‘Love Local’: Belanja Minimum RM30 di Stesen PETRONAS, Dapat Baucar Spesial
Auto Terkini

Kempen ‘Love Local’: Belanja Minimum RM30 di Stesen PETRONAS, Dapat Baucar Spesial

Azizi HBy Azizi H24/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan kempen ‘Love Local’ bertujuan meningkatkan kesedaran ramai mengenai produk Malaysia berkualiti tinggi dan setaraf jenama antarabangsa.

Usaha ini juga diharapkan membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19 selain memupuk rasa bangga menggunakan produk tempatan .

 

View this post on Instagram

 

Hai semua! Kempen ‘Love Local’ yang baru dilancarkan pada 8 September 2020 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ramai tentang kualiti produk tempatan yang kini sudah setanding dengan jenama antarabangsa! Usaha yang digerakkan bersama-sama ini adalah untuk menyemai rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia terhadap bakat tempatan, di samping memperkasakan mereka dalam sama-sama memulihkan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat wabak COVID-19. Ayuh kita sokong produk tempatan! Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari bit.ly/LoveLocalSupportLocal #LoveLocal #SupportLocal #KitaAdaKita

A post shared by PETRONAS Brands (@petronasbrands) on Sep 7, 2020 at 9:11pm PDT


Antara inisiatif dilaksanakan PDB ialah tawaran diskaun istimewa bagi setiap pembelian produk makanan dan minuman tempatan terpilih di Kedai Mesra bermula sekarang hingga Februari 2021.

Baucar diskaun istimewa juga diberikan untuk setiap perbelanjaan lebih RM30 sama ada dalam bentuk isian petrol atau barangan di Kedai Mesra.

Kempen ‘Love Local’ anjuran PDB ini dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi (foto atas tengah) yang turut dihadiri Naib Presiden Pemasaran PETRONAS, Ahmad Adly Alias (dua dari kanan).

Menurut Alexender, kempen ini bertujuan memperkasakan peniaga tempatan, terutama ketika berdepan cabaran sukar berikutan krisis Covid-19.

“Covid-19 memberi impak kepada perniagaan tempatan dan menjadi harapan kami supaya kempen ini dapat mengajak rakyat Malaysia sama-sama berganding bahu.” katanya.

Ahmad Adly pula turut berkongsi sentimen sama dengan usaha Kerajaan, terutama atas pencapaian PETRONAS dalam memanfaatkan keupayaan dan sumber daya tempatan.

“Rangkaian produk kami, terdiri daripada Primax 95 dengan Pro-Drive yang diformulasikan secara tempatan, menjadi pilihan utama kalangan rakyat Malaysia.

“Melalui platform ini, kami harap bukan saja dapat meningkatkan kehadiran jenama produk tempatan, tetapi turut dapat lihat lebih banyak lagi kemunculan perniagaan tempatan baharu di kedai kami,” katanya.

Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ‘Love Local’ boleh layari www.mymesra.com.my.

Ahmad Adly Alias Auto Terkini Datuk Alexander Nanta Linggi Kempen PETRONAS Petronas Petronas Dagangan Berhad (PDB) PETRONAS Love Local Stesen PETRONAS
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.