Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemalangan Temukan Jodoh – Pemilik Haval M4 Ini Kongsi Pengalaman Manisnya!
Auto Terkini

Kemalangan Temukan Jodoh – Pemilik Haval M4 Ini Kongsi Pengalaman Manisnya!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/03/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KATA pepatah, ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Maksudnya, kalau kita belum kenal seseorang itu, tidak mungkinlah kita dapat menzahirkan perasaan cinta kepadanya. Samalah juga seperti pepatah cinta lain, misalnya ‘jatuh cinta pandang pertama’, ataupun, ‘dari mata jatuh ke hati’.

Bukan ingin bercerita tentang soal hati, pengalaman jatuh cinta atau bertemu crush pertama. Lagipun ini portal automotif dan bukan laman kisah rumah tangga. Apa yang mahu disampaikan, bait-bait kata itu bukan sekadar perumpamaan sesama manusia, tetapi juga boleh diterjemahkan kepada situasi lain seperti kisah di bawah ini.

KEMALANGAN TEMUKAN JODOH

Steven Ong, 36, mengimbau kembali saat pertama dia melihat model Haval H1, dua tahun lalu. Ketika itu, model itu dikenali sebagai Great Wall M4 Elite. Menurut Steven, pengalamannya dengan kereta China tidaklah seteruk tohmahan orang ramai terhadap jenama keluaran negara Tembok Besar itu. Ibarat kata pujangga di atas, ‘tak kenal maka tak cinta’.

Jadi, bolehlah cuba dulu sebelum menilai. Janganlah belum dicuba, tetapi cerita negatif ya ampun ibarat pengalaman kecundang bercinta dek ditipu pasangan transeksual (sekadar contoh).

Kata Steven, ketika kali pertama melihat M4 atas jalan, dia sebenarnya terus jatuh cinta. Tetapi dia masih tidak tahu siapakah gerangan kekasih idaman itu yang berjaya memanah mata dan hatinya. Punyalah tiada masa mahu selidik lebih lanjut, terus saja dia lupakan sekejap pasal kereta tersebut.

Sehinggalah berlaku satu insiden ketika sedang bertugas luar kawasan di Sitiawan, Perak. Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Perodua Myvi miliknya yang rosak teruk akibat terlibat dalam satu kemalangan membuatkan dia singgah ke pusat jualan Haval di Sitiawan untuk mencari kereta yang pernah mencuri hatinya.

Selepas memandu uji dan berpuas hati, tanpa berfikir panjang, Eksekutif Teknologi Maklumat itu langsung meminang M4. Selepas lama berkahwin, Steven memang cukup berpuas hati. Katanya, pengendalian ditawarkan M4 lebih baik daripada kereta lama yang dia pandu sebelum ini.

“Biasalah, kuasa terasa delay semasa mula bergerak sebab body M4 agak berat. Tapi kelebihannya adalah ketika layan selekoh.

“Kalau ambil selekoh ketika keluar tol lebuh raya, M4 memang stabil, tidak membuang. Saya pernah tekan minyak sampai 140kmj, memang tak ada masalah,” kata Steven.

BACA >>> Komited Tawan Hati Pembeli Malaysia, HAVAL M4 Kini Dikenali HAVAL H1

TIADA MASALAH BESAR

Tambah Steven lagi, sepanjang dua tahun dengan jenama Haval, tiada masalah besar dihadapinya setakat ini. Setiap jenama mahupun kereta tidak lari daripada masalah, tapi buat masa ini kereta saya okey. Setakat ini Go Auto cukup profesional dan beri respon cepat. Tiada isu yang tidak boleh diselesaikan.

“Kualiti model Haval setanding produk antarabangsa. Kalau tengok ruang tepi pintu, boleh nampak kekemasan buatan,” katanya sambil memberitahu cukup tertarik dengan warna oren M4.

Beritahu Steven, harga alat ganti juga berpatutan dan tidak jauh berbeza dengan model lain dalam segmen sama. Tidak perlu bimbang kerana waranti enjin dan transmisi sudah siap dilindungi selama tujuh tahun. Walaupun tiada lagi masalah mekanikal dihadapi, tetapi Steven mengakui waranti diberikan itu banyak menenangkan jiwa.

“Cuma janganlah nak modify sana sini, nanti waranti batal,” katanya lagi.

Steven turut berkongsi pengalaman tentang sepasang suami isteri yang datang bertemu semata-mata untuk tahu jenis kereta yang sedang dia pandu. Selepas tahu keretanya itu jenama China, reaksi mereka memang terkejut kerana sangka itu model Mini Cooper baru. Malah, mereka juga puas hati dengan kualiti M4.

BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval


pemilik haval m4ANAK SAUDARA REKOMENKAN

Sementara itu, seorang lagi pemilik M4, Shahrizal Zainuddin, 57 berkata, dia sebelum ini  tidak tahu langsung pasal Haval. Katanya, ketika masih menggunakan nama Great Wall, jenama itu masih belum dikenali ramai. Sebaliknya, dia jatuh cinta dan terus membeli M4 selepas diperkenalkan anak saudaranya yang berusia 23 tahun.

“Saya cari kereta kedua, dan anak saudara cadangkan Great Wall M4. Saya mulanya tak tahu pun itu jenama apa.

“Sampailah saya cuba dan pandu uji, terus terpikat dan terus beli pada 2015. Selagi kita tak cuba, memang takkan tahu. Macam itu jugalah saya selepas tengok sendiri kualiti dan cuba, barulah saya yakin dan puas hati,” kata Shahrizal yang memandu M4 untuk utrusan kerja dari Shah Alam ke KLIA.

Walaupun perlu membiasakan diri dengan transmisi AMT, tetapi dia cukup berpuas hati dengan prestasi dan pengendalian. Penggunaan minyak juga menjimatkan, katanya yang lebih suka memandu gaya santai.

“Bila masuk lebuh raya, sekali sekala ada juga pecut. Setakat ini tiada masalah sepanjang memiliki M4,” katanya lagi.

Lebih menarik, menurut Shahrizal, ada seorang rakan kerja turut terpikat melihat M4 miliknya itu sampai tertanya-tanya model apakah yang dia bawa sebab tidak pernah tengok rekabentuk dan logo jenama tersebut.

“Saya beritahulah pasal jenama itu dan cadangkan kepadanya untuk cuba pandu uji di pusat jualan. Tak lama selepas itu dia juga telah beli satu iaitu warna putih,” katanya sambil ketawa.

Shahrizal aktif berkonvoi bersama Kelab Haval H1 dan antara aktiviti dilakukan ialah trip ke Gunung Jerai, dan melawat kilang pemasangan Haval di Gurun,Kedah.

GALERI
steven ong
pemilik haval m4

 

 

 

 

Go Auto Great Wall Great Wall Motors harga haval h1 harga haval m4 Haval HAVAL H1 haval h1 malaysia Haval M4 ELITE kelab haval m4 Shahrizal Zainuddin Steven Ong
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.