Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Keluar Hantar Makanan Jualan Isteri, Balik Kena Rempuh Pemandu Mabuk Sampai Mati!
Auto Terkini

Keluar Hantar Makanan Jualan Isteri, Balik Kena Rempuh Pemandu Mabuk Sampai Mati!

Han OthmanBy Han Othman01/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KES kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi!

Terkini, seorang lelaki yang keluar menghantar makanan jualan isterinya maut apabila motosikalnya dirempuh pemandu kenderaan jenis Grand Livina dipercayai mabuk dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar, menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara dan mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan selepas dirempuh, manakala motosikal diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Suspek kemudian memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam,” katanya.

Zulkefly berkata, mangsa ialah pekerja kontrak dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Suspek pula bekerja di kedai aksesori kereta dan kini ditahan di Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Kemalangan Pemandu Mabuk pemandu mabuk Penunggang Maut Dirempuh Pemandu Mabuk
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

24/06/2026
Auto Terkini

Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

24/06/2026
Auto Terkini

Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.