Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kelibat Yamaha YZF-R25 Facelift (2019) Dikesan Ditunggang Uji di Indonesia, Mirip R6?
Auto Terkini

Kelibat Yamaha YZF-R25 Facelift (2019) Dikesan Ditunggang Uji di Indonesia, Mirip R6?

ZYBy ZY28/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat peminat Yamaha yang sudah ‘panas punggung’ melihat seteru terdekat, Kawasaki Ninja 250 versi dipertingkat tahun ini!

Blogger permotoran terkenal Indonesia, Iwan Banaran baru saja mendedahkan e-mel diterima daripada pembacanya yang mendakwa menyaksikan kelibat Yamaha R25 facelift 2019 sedang ditunggang uji sekitar daerah Pantai Utara Jawa (Pantura), Indonesia.

Bagaimanapun sedikit mengecewakan kerana tiada gambar disertakan sekali untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Perhatikan persamaan Yamaha YZF-R15 (kiri) dan YZF-R6 yang menerima wajah baharu R-DNA Yamaha.

Namun, petikan kenyataan yang diberikan sedikit sebanyak memberi gambaran Yamaha Indonesia sudah bersiap sedia memberikan tentangan hebat kepada jentera 250cc terbaharu Kawasaki.

Berdasarkan hasil intipan, antara penambahbaikan R25 (2019) ialah:

  • Rekaan lampu depan LED mirip YZF-R15 v3 terbaharu, tetapi lebih sepet (mirip YZF-R6?)
  • Corong udara di depan, di tengah dua lampu utama.
  • Fork terbalik (USD), warna emas
  • Tiada lagi rekaan sirip udara pada bahagian tangki bahan api
  • Rekabentuk lebih ke arah sportbike, berbanding sport-tourer pada versi sedia ada dengan hendal ditukar kepada jenis clip-on underyoke (posisi hendal bawah triple clamp)

Selain ciri dinyatakan, bahagian tengah ke belakang termasuk ekzos khabarnya masih mengekalkan rekaan sedia ada, tetapi ada kemungkinan bahagian itu mungkin diberi perubahan sebelum facelift baharu tersebut dilancarkan.

Gambaran YZF-25 facelift 2019 daripada Young Machine

Dalam perkembangan sama, majalah permotoran popular Jepun, YoungMachine edisi Mei 2018 juga memberi gambaran wajah facelift YZF-R25 (2019) yang boleh dikatakan mirip gambaran diberikan pembaca blogger Iwan Banaran tadi.

Namun, memandangkan teks terlalu kecil, tidak dapat ditafsirkan sama ada enjin versi akan datang itu akan dinaik taraf, seperti sportbike 250cc Kawasaki atau mengekalkan enjin sedia ada (baca: tak pandai baca Jepun sebenarnya).

Sejak pertama kali dilancarkan 4 tahun lalu di Indonesia, memang sudah tiba masa sportbike aras mula Yamaha itu diberikan penampilan lebih segar, lebih-lebih lagi dengan saingan hebat diterima daripada pencabar kelas 250cc di pasaran negara jiran itu seperti Honda CBR250RR dan Kawasaki 250 (2018) yang bukan saja tampak lebih garang, tetapi lebih berkuasa.

Soalnya, bagaimana pula peminat Malaysia, adakah akan turut menerima model facelift itu sekiranya dilancarkan nanti atau cuma warna dan grafik baharu sahaja? Kita tunggu ‘jawapan’ Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM).

SUMBER: IwanBanaran.com

Hong Leong Yamaha Malaysia iwan banaran roda2 sportbike yamah r15 2018 Yamaha Yamaha r25 2018 yamaha r25 2019 yamaha r25 facelift yamaha r26 2018
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026

1 Comment

  1. awe on 29/04/2018 17:37

    harap2 cemas

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.