Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki ZX-6R Lancar Oktober Ini di Amerika, Kuasa Dikurangkan Demi Euro4
Roda2

Kawasaki ZX-6R Lancar Oktober Ini di Amerika, Kuasa Dikurangkan Demi Euro4

AryonBy Aryon21/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AMERIKA Syarikat (AS) bakal melancarkan supersport 600cc baharu, Kawasaki ZX-6R, menurut maklumat didedahkan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) selepas menerima surat Kawasaki yang menyenaraikan model 2019.

Lucunya, Kawasaki meminta senarai itu cuma didedahkan pada 11 Oktober nanti, tetapi langsung tidak dipedulikan NHTSA. Adakah NHTSA tidak takut di-ban Kawasaki? 🤭

BACA >>> 11 Fakta Pantas | Kawasaki Z900RS Café (2018), Retro 80-an Jadi Sandaran

Kebetulan tarikh diminta Kawasaki itu jatuh serentak sempena pameran AIM Expo di Las Vegas yang bakal menyaksikan debut model itu di AS. Bagaimanapun ada khabar mengatakan Kawasaki akan mendedahkan model itu pada pameran Intermot di Cologne pada 3-7 Oktober ini.

Maklumat mengenai ZX-6R (2019) yang bakal dilancarkan itu mengesahkan menggunakan kapasiti enjin 636cc, sama seperti model sedia ada, dengan kuasa 127.4hp. Sebagai perbandingan, kuasa dimilik ZX-6R generasi paling akhir ialah 129.3hp.

Kenapa kuasa dikurangkan? Sebabnya demi mematuhi syarat emisi ditetapkan Kesatuan Eropah (EU). Menurut dokumen difailkan dengan Lembaga Sumber Udara California (CARB), model 2019 itu memiliki penukar pemangkin (catalytic converter) tiga laluan berbanding model sedia ada, menggunakan pemangkin oksida

Perubahan baharu itu mampu menyingkirkan hampir separuh emisi hidrokarbon, NOx dan karbon monoksida sebagai syarat lulus peraturan emisi Euro4 di Eropah.

BACA >>> #Videotomotif: Kes Naya, Enjin Kawasaki H2 Bocor Selepas Lenjan 370kmj!

Bagaimanapun tiada sebarang imej didedahkan, dan Kawasaki dijangka menghasilkan perubahan melibatkan rekabentuk gaya baharu, termasuk menala semula sistem suspensi dan elektronik, manakala elemen utama seperti frem, dan enjin dipinjamkan daripada model sedia ada.

* Foto ialah model 2018

SUMBER: VisorDown

AIM Expo Amerika Syarikat (AS) carb Eropah Kawasaki Kawasaki ZX-6R (2019) Lembaga Sumber Udara California (CARB) NHTSA Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) roda2 sportbike supersport
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.