Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Umum Z900, Z650 Sempena Aniversari Siri Z ke-50, Harga Mula RM39k!
Roda2

Kawasaki Umum Z900, Z650 Sempena Aniversari Siri Z ke-50, Harga Mula RM39k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN 2022 menandakan sambutan ulang tahun ke-50 untuk model siri Z dalam barisan produk Kawasaki yang mula diperkenalkan pada 1972 menerusi Z1 dengan liveri Fireball yang menarik minat ramai.

Sebagai tanda penghargaan, Kawasaki menampilkan dua model Z, Z900RS dan Z650RS dengan liveri Fireball, berserta dua model lagi, Z900 dan Z650 dalam liveri moden.

Z900RS dan Z650RS

Z900 RS
Z650 RS

Model roadster retro itu menjalani proses cat multilapis untuk mendapatkan tona dan tekstur berkilat seperti model asal Z1. Teknik mengecat digunakan menyerlahkan tona coklat lebih gelap dan warna jingga seakan terbakar.

Selain proses mengecat, Kawasaki juga menambah baik dua siri RS itu dengan menggunakan rim aloi emas, lencana ulang tahun ke-50 atas tangki minyak dan penutup enjin.

Fairing sisi pula ditambah lencana vintaj 900 Double Overhead Camshaft, termasuk pelana bertekstur mirip Z900RS (2018) dan bar bonceng.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Lancar di Tokyo, Bangkitkan Ilham Legenda Retro Z1

Z900 dan Z650

Z900
Z650

 

Z900 dan Z650 (2022) mengimbau kembali imej Z1100GP dengan liveri Firecracker Red. Skema warna itu pernah ditawarkan Kawasaki dalam rangkaian produk sekitar 1980-an sempena kejayaan Z1100GP.

Dua varian itu juga mendapat warna grafik badan sama seperti Z1100GP iaitu putih dan hitam. Tambahan lain ialah logo pada tangki minyak dan madgad selain pelana kulit.

Model siri ulang tahun ke-50 siri Z akan memasuki bilik pameran Kawasaki di Jepun bermula 1 Februari depan. Pelanggan di pasaran Eropah pula dapat membelinya bermula musim bunga akan datang.

BACA >>> Yamaha, Kawasaki Jalin Kerjasama Bangunkan Trenkuasa Hidrogen

Harga Jepun
  • Z650 – Tiada maklumat
  • Z650RS – 1,100,000 yen (RM39,930)
  • Z900 – 1,210,000 yen (RM43,930)
  • Z900RS – 1,496,000 yen (RM54,310)
Harga Belanda
  • Z650 – €8,399 (RM39,910)
  • Z650RS – €9399 (RM44,670)
  • Z900 – €11,299 (RM53,690)
  • Z900RS – €13,899 (RM66,050)

BACA >>> Kesalahan Langgar Lampu Merah Paling Banyak Dilakukan Penunggang P-Hailing 
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Situasi Kita Jadi Buta Ketika Memandu dan Cara Atasi

PERBANDINGAN Z900RS (2018) DAN Z900RS (2022) DI JEPUN

SUMBER: YoungMachine | RideApart

Kawasaki Kawasaki Z1 (1972) Kawasaki Z1100GP Kawasaki Z650RS Fireball Kawasaki Z900RS Fireball
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.