Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Tangguh Bikin ZX-10RR Teknologi MotoGP Sebab Jadi Juara WorldSBK
Roda2

Kawasaki Tangguh Bikin ZX-10RR Teknologi MotoGP Sebab Jadi Juara WorldSBK

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI mendakwa, rancangan pembangunan Kawasaki ZX-10RR menggunakan asas jentera MotoGP, ZX-RR tidak pernah terkubur, tetapi ditangguhkan.

Kisahnya begini, pada awal musim Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2019, kehadiran Ducati Panigale V4R jelas membuatkan Kawasaki tergugat. Ini bukan andaian semata-mata jika membaca komen pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) dan pelumbanya, Jonathan Rea yang seakan putus harap setiap kali tamat perlumbaan.

Ini memaksa Kawasaki membuat kenyataan bakal memperkenalkan sosok superbike ekstrem baharu setanding Ducati yang melengkapkan jentera pasukan itu dengan teknologi MotoGP. Menurut laporan Speedweek, Kawasaki sudah menyuarakan hasrat tersebut kepada pengurusan KRT dan Kawasaki Heavy Industries (KHI) di Jepun untuk membangunkan jentera berkenaan.

BACA >>> Bautista Dapat Honda CBR 1000RR Fireblade dengan Teknologi MotoGP untuk WSBK

MAHU HASILKAN JENTERA UNTUK TEWASKAN DUCATI

Kawasaki pada masa itu (2019), mendakwa jentera baharu tersebut mampu melepasi homologasi WorldSBK 2020 dengan syarat ia perlu segera dihasilkan.

Namun, menjelang pertengahan musim 2019, situasi atas trek mula berubah apabila jentera Panigale V4R yang ditunggang Alvaro Bautista gagal beraksi garang. Sebaliknya Rea, yang konsisten di kedudukan kedua pada penggal pertama WorldSBK 2019, sedikit demi sedikit merebut posisi depan hingga bergelar juara.

Ini secara tidak langsung mengubah hasrat Kawasaki yang berpendapat tidak perlu terburu-buru menghasilkan jentera berstatus ekstrem.

Jadi, bagi WorldSBK 2020, KRT kembali mempertaruhkan Rea dan Alex Lowes dengan ZX-10RR versi kemas kini. Pasukan juara bertahan itu akan berdepan saingan sengit Ducati selaku seteru utama, dan begitu juga Honda yang serius mahu meraih gelaran berganda untuk WorldSBK dan MotoGP.

BACA >>> Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba

KAWASAKI PERLU JENTERA SETANDING KELAJUAN LAWAN

Pereka dan jurutera Kawasaki, Ichiro Yoda berkata;

Regulasi teknikal semakin terbatas dan ini membuatkan jentera semakin matang. Ducati jadi penanda aras tahun ini, kami perlu bangunkan jentera khas yang patuh homologasi untuk berjaya dalam WorldSBK. Kawasaki semakin mantap pada tahun terakhir, tetapi pertandingan semakin ketat dan kami harus siap sedia!

“Waktu persiapan sangat pendek untuk membangunkan jentera itu bagi musim 2020. Kami beri tumpuan dan menggunakan tenaga yang ada untuk 2021. Honda pun nampak serius, model homologasi mereka sama dengan Panigale. Dalam MotoGP dan WorldSBK, semua jentera dibangunkan daripada enjin.

“Kita perlukan rev dan kuasa untuk dapatkan pecutan. Dua perkara itu penting, tetapi kami perlukan kuasa yang besar. Cara mudah untuk meningkatkan masa lap adalah menghasilkan enjin yang lebih kuat. Saya fikir Kawasaki Japan ada idea jelas dan kami perlukan jentera berbeza pada masa depan dan tingkatkan keupayaan enjin.

“Jika mahu bersaing dalam kejuaraan dunia, kita harus setanding lawan. Jika superbike homologasi kami  ada kuasa 20hp lebih rendah, saingan akan jadi sangat sukar.”

Mungkinkah akan muncul jentera ZX-10RR atau ZX-10RR-R dengan konfigurasi ‘long bang’ 180-540, sistem penggerak Pneumatik atau lainnya? Mungkin kita perlu menunggu kemunculan Kawasaki di pameran automotif akan datang untuk menyaksikan sebarang perkembangan terbaharu pengeluar itu.

BACA >>> Ducati Panigale V4 dan V4 S Versi 2020 Kini dengan Ciri Aero dan Winglet

Alvaro Bautista Ducati Ducati Panigale V4R Honda Ichiro Yoda Jonathan Rea Kawasaki Kawasaki Racing Team (KRT) Kawasaki Zx-10RR (2019) Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.