Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Perah Sampai 17,000rpm!
Roda2

Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Perah Sampai 17,000rpm!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/12/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Indonesia mendedahkan kelibat panel instrumen Ninja ZX-25R menerusi video acah dalam YouTube milik wakil pengeluar itu. Menariknya, garis merah (redline) berada pada tahap 17,000rpm, sekali gus menjadikan model itu antara sportbike dengan ligatan atau rev paling tinggi di pasaran.

BACA >>> Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)

Cuba tonton dulu video berdurasi 45 saat di bawah ini:

Rev setinggi itu mengingatkan kita semula kepada empat raja jalanan era 1980-90-an. Apa lagi kalau bukan Honda CBR250RR, Suzuki GSX-R250, Yamaha FZR250R dan Kawasaki ZXR250.

CBR250RR (1991) dikatakan memiliki garis merah 19,000rpm, manakala GSX-R250 (1988) dan FZR250R (1988) masing-masing 17,000rpm. Akhir sekali, ZXR250 (1991) dengan 18,000rpm. Keempat-empat sportbike itu menggunakan enjin 4-silinder sebaris 250cc DOHC dan setiap silinder ada empat injap.

Sebagai makluman, garis merah Honda Fireblade CBR 1000RR-R baharu ialah 14,500rpm, Ducati Panigale V4 R (16,500rpm), dan Kawasaki Ninja H2 (14,000rpm). Selain berada dalam segmen 1.0L yang sama, perbandingan tiga model superbike itu dibuat atas faktor masing-masing adalah superbike paling hangat dan berprestasi di pasaran masa kini.

BACA >>> #TMS2019: Kawasaki Dedah Ninja ZX-25R, Sportbike Suku Liter Paling Berkuasa!

Rev tinggi pada ZX-25R membolehkan lebih banyak kuasa diperah daripada trenkuasa model suku liter itu. Paparan instrumen menggabungkan paparan digital dan analog.

Panel utama terdiri daripada takometer jenis analog bersaiz besar yang diapit beberapa indikator amaran sebelah kiri. Sementara itu, indikator gear, dan jam tertera pada kluster digital dalam zon takometer.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZXR250 – Legenda Superbike Mini, 4-Silinder 250cc!

Ada satu lagi kluster digital lebih besar, terletak sebelah kanan takometer digital yang memaparkan maklumat seperti spidometer, odometer, suhu enjin, dan simbol seperti Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), mod kuasa dan ciri Kawasaki Quick Shifter (KQS). Turut kelihatan adalah ciri penghidup keselamatan jenis imobiliser.

Ninja ZX-25R akan menggunakan fork Showa SFF-BP (Separate Function Fork – Big Piston) yang mana komponen berteknologi tinggi seperti itu biasanya berharga mahal untuk sportbike biasa.

SUMBER: RideApart | MotorBeam

Kawasaki kawasaki ninja Kawasaki Ninja ZX-25R roda2 sportbike T
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Wak on 26/12/2019 21:42

      Asyik iklan …aje. Bila nak masuk mysia?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.