Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Ninja ZX-10R, Versys 1000 dan Ninja 1000SX Pasang di Kilang Modenas?
Auto Terkini

Kawasaki Ninja ZX-10R, Versys 1000 dan Ninja 1000SX Pasang di Kilang Modenas?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS ada perancangan menambah satu lagi barisan pengeluaran di kilang mereka di Gurun, Kedah yang dijangka digunakan untuk aktiviti pemasangan motosikal Kawasaki berkapasiti lebih 900cc tidak lama lagi.

Buat masa ini, kilang tersebut sudah memiliki lima barisan pengeluaran iaitu dua untuk produk Modenas dan tiga lagi yang aktif memasang sembilan model jenama Modenas-Kawasaki.

BARISAN PENGELUARAN MODENAS-KAWASAKI

  • Barisan pertama disiapkan awal Jun 2022 untuk memasang model Ninja 250, Z 250, Versys X 250 dan Vulcan S 650.
  • Barisan kedua dibina pertengahan Januari 2023 untuk pemasangan Z900, ZX-25R, Ninja 650, Z650 dan Versys 650.
  • Barisan ketiga siap didirikan pertengahan Februari 2024 untuk pemasangan Kawasaki Ninja ZX-6R bagi eksport ke China.

Rancangan menambah satu lagi barisan pengeluaran dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan di kilang Modenas semalam.

Roslan menjelaskan barisan pengeluaran kelima yang terlibat dengan pemasangan Ninja ZX-6R juga boleh memasang dua model lain. Dua model baharu itu bukan untuk tujuan eksport (setakat ini), tetapi keperluan pasaran tempatan.

Beliau berkata;

Seperti anda lihat di kilang Modenas, kami ada lima barisan pengeluaran iaitu dua untuk Modenas dan tiga untuk Kawasaki. Barisan pengeluaran pertama Kawasaki dipasang pada 2022, diikut barisan pengeluaran kedua pada 2023 dan tahun ini, satu lagi disediakan.

“Kami ada perancangan menambah satu lagi barisan pengeluaran menjelang tahun ini atau awal tahun depan.”

Roslan berkata, buat masa ini model yang dipasang berkapasiti hingga 900cc dan Modenas berharap dapat memasang motosikal melebihi kapasiti tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara spesifik model dalam perancangan Modenas. Mungkinkah Kawasaki Ninja ZX-10R, Versys 1000 atau Ninja 1000SX?

Auto Terkini Kawasaki Kilang Modenas Gurun Modenas roda2 Roslan Roskan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.