Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Mungkin Jual Produk CBU Sahaja?
Auto Terkini

Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Mungkin Jual Produk CBU Sahaja?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERSAMBUNG spekulasi semalam, kami difahamkan, selepas selesai semua perincian operasi, barulah sidang akhbar mengenai usahasama (JV) Kawasaki-Modenas diadakan. Bilakah masanya? Maenurut sumber, DRB-Hicom dijangka mengumumkan JV tersebut pada suku kedua tahun ini selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kelewatan tersebut mungkin ada kaitan dengan wabak koronavirus yang turut menjejaskan pasaran automotif. Namun dalam tempoh penantian itu, banyak khabar angin dan andaian tercetus. Bagi Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI), Modenas penting sebagai hab automotif pasaran Asean berbanding hanya menjual produk Kawasaki secara bersendirian di pasaran tempatan.

Malah, kilang Modenas di Gurun, Kedah memiliki kapasiti pengeluaran hingga 130,000 unit setahun. Seperti mana kita tahu, produk awal Modenas dulu memang memiliki DNA Kawasaki.

BACA >>> Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?

KMM UNDUR DIRI?

kawasaki z900rs malaysia

Ada pula berita lain, Kawasaki Motors Malaysia (KMM) khabarnya akan mengundurkan diri dari pasaran tempatan dan akan jadi pengedar rasmi Suzuki Big Bike. Entah sahih atau tidak, kami tidak tahu. Cuma sembang-sembang orang dalam.

Jika KMM hanya dihadkan untuk jual produk import (CBU) sahaja, wakil pengedar itu tentu sukar bertahan kerana jumlah pengeluaran yang kecil. Seperti mana kita tahu, KMM ialah wakil pengedar dan pemasangan jenama Kawasaki di Malaysia, manakala beberapa model lain diimport dari Thailand. Mampukah KMM bertahan dengan hanya jual produk CBU?

Sebenarnya, cabang perniagaan KMM tidak hanya motosikal di Malaysia, tetapi turut melibatkan produk lain seperti mesin, bot, generator dan sebagainya. Sama situasi seperti Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Apa yang berbeza cuma pembahagian keuntungan daripada jualan motosikal.

Jualan motosikal HLYM mungkin mampu menyumbang 80 peratus, tetapi KMM mungkin lebih kecil, hanya 60 peratus.

KMM MASIH BOLEH SURVIVE

Jadi, ramalan KMM akan menarik diri daripada pasaran tempatan adalah kurang berasas. Lihatlah Suzuki Assembler Malaysia (SAM), walaupun produk lokal dan bajet sudah ‘bungkus’, tetapi masih boleh bertahan dengan menjual produk CBU. Itu Suzuki, jenama yang sejuk di pasaran.

Jika ikut logik, jenama Kawasaki masih mampu merekodkan jualan lebih bagus daripada Suzuki. Persoalannya, kita masih tidak tahu pembahagian model jualan antara Modenas dan Kawasaki. Jika Modenas membolot semua model 650cc, dan cuma tinggalkan barisan big bike,  KMM mungkin akan bergelut.

Produk yang tinggal cuma model hartawan seperti H2, ZX-10, ZX-6, GTR, dan H2SX. Mampukah KMM survive?

KHI ADA SUARA BESAR

Namun, perlu juga diingatkan KHI akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (CPS, convertible preference shares) yang akan dikeluarkan Modenas. Apabila ditukar, pegangan ekuiti KHI dalam Modenas akan meningkat kepada 48 peratus.

KHI akan memiliki suara besar dengan penambahan ahli lembaga pengarah dan  keputusan berada di tangan konglomerat itu.  Apapun keputusan akhir, Modenas perlu bersetuju.

Jadi kita tunggu saja pengumuman rasmi kedua-dua pengeluar itu. Cuma buat masa ini kita tidak akan dapat lihat model-model baharu KMM hingga Mei akan datang. Adios!!

Kawasaki Kawasaki Heavy Industries (KHI) Kawasaki Motors Malaysia (KMM) KHI Japan Modenas modenas malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.