Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki H2GT – Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini
Roda2

Kawasaki H2GT – Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini

ZYBy ZY12/10/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELANCARAN supercharged hypersports-tourer Kawasaki, awal bulan hadapan tidak dapat disangkalkan lagi berikutan pendedahan video teaser yang kami kongsikan di laman Facebook ArenaPermotoran, semalam. Seperti H2 dan H2R, Kawasaki cuma mendedahkan bunyi deruman enjin, manakala rekabentuk jentera supercas yang dibikin dengan keupayaan jelajah jauh itu masih dirahsiakan.

Namun, berdasarkan sedikit informasi daripada majalah permotoran Jepun, Young Machine, kita dapat menjangka H2GT (nama masih tidak rasmi) bukan saja didatangkan dengan dua pelana dan penyokong kotak panie, tetapi turut dilengkapi sokongan lampu depan adaptif (cornering light).

‘CORNERING LIGHT’ – TEKNOLOGI CANGGIH SPORTS-TOURER MEWAH

Menurut sumber Young Magazine, tidak seperti ‘Mono-Eye’ pada model H2, sebaliknya H2GT menampilkan teknologi ‘Three-Eyed’ (tiga mata). Berdasarkan paten ‘Cornering Light’ yang baru didaftarkan Kawasaki di Amerika Syarikat, tahun lalu, tidak begitu sukar meyakinkan bahawa teknologi sama juga bakal digunakan sports-tourer baharu Kawasaki itu.

BACA >>> #Videotomotif: Kes Naya, Enjin Kawasaki H2 Bocor Selepas Lenjan 370kmj!

Seperti mana teknologi lampu adaptif kereta premium masa kini, Cornering Light, yang dipatenkan Kawasaki itu, juga mampu menyorot lampu depan mengikut arah tunggangan dengan menggunakan sistem lebih canggih berasaskan posisi belokan motosikal.

Tidak seperti kereta, motosikal membelok dengan counter-steering dan situasi tersebut membuatkan suluhan lampu depan terpesong dari arah dituju. Ini menjadikan keluasan arah pandangan penunggang semakin mengecil.


Jadi, sistem Cornering Light dibangunkan dengan mengambil kira sudut miring motosikal. Menurut gambarajah paten Kawasaki di atas, tiga lampu kecil disusun mengiring dan menyala mengikut turutan berasaskan darjah kemiringan motosikal. Berbanding sinaran lampu biasa (20),  suluhan lampu Cornering Light (21) melimpah ke arah pandangan mata penunggang, lantas memudahkan proses menukar arah dan membelok dalam persekitaran cahaya rendah.

Berdasarkan rekaan lampu depan Mono-Eye pada H2, rekaan sama dijangka masih dikekalkan dengan tambahan dua lampu sisi. Semestinya, sensor sangat diperlukan untuk mengesan postur badan motosikal. Mujur H2 sudah sedia ada sensor inersia 6-paksi.

CIRI LENGKAP MOTOSIKAL JELAJAH

Sumber itu turut menyatakan defklektor angin lebih besar akan digunakan bersama fairing penuh dan pelana tambahan untuk pembonceng. Jika dibandingkan pelana tunggal, dekflektor rendah dan fairing separuh pada H2 sekarang, ciri-ciri disebutkan itu (deflektor besar dan fairing penuh) memang sangat wajar untuk H2GT yang berstatus motosikal sports-tourer.

H2GT dikatakan bakal menampilkan imej lebih mewah, berbeza imej H2 yang garang. Kapsyen video teaser sendiri mengesahkan H2GT bakal dilengkapi rekaan supercas baharu, digelar ‘balanced type’, dan dikatakan mempunyai hamburan kuasa seimbang untuk tunggangan kembara yang lebih bersahaja.

SUMBER: Young Machine

adaptive headlight adaptive light Auto Terkini cornering light H2GT Kawasaki Kawasaki H2 Kawasaki H2 2017 kawasaki h2gt lampu utama adaptif roda2 video teaser young machine
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.