Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Eropah Lancar Z900 SE (2022), Harga Mula RM61.5k!
Roda2

Kawasaki Eropah Lancar Z900 SE (2022), Harga Mula RM61.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS model Z1000 dikeluarkan daripada senarai siri naked, Kawasaki kini bergantung kepada model Z900 di pasaran Eropah selain varian supercas Z H2.

Bagi mengisi lompong itu, pengeluar motosikal Jepun itu tampil dengan versi Z900 SE edisi 2022 dengan beberapa penambahbaikan membabitkan spesifikasi suspensi dan brek yang lebih baik.

BACA >>> Kawasaki Z H2 SE (2021) Dinaik Taraf dengan Suspensi Elektronik Semi-Aktif

Pengenalan siri edisi khas atau SE sudah lama dilakukan Kawasaki sebagai taktik mempelbagaikan pilihan produk, contohnya H2 SX, Versys 1000, Z H2 dan Z900RS.

Maka, langkah logik seterusnya ialah Z900 dengan skim sama. Sebenarnya, Z900 SE dikatakan mirip varian moden klasik Z900RS SE. Ini termasuk komponen:

  • Brek cakera berkembar Brembo 300mm dengan kaliper monoblok M4.32 4-piston serta hos brek keluli.
  • Fork terbalik (USD) 41mm berwarna emas boleh laras penuh prabeban, mampatan redaman dan lantunan.
  • Monoshock Ohlins S46 dengan fungsi penyelarasan remote prabeban.
  • Bantuan tunggangan seperti kawalan traksi, pilihan mode kuasa dan sistem klac antigelincir Assist & Slipper.

BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

Z900 SE tidak menawarkan output tambahan iaitu kekal kuasa 123.6hp iaitu sama seperti model asas dan berat masih 212kg.

Sebagai perbandingan, model Z1000 yang dihentikan jualan itu berharga £10,499 (RM60,135) bagi edisi 2020 dan menawarkan kuasa 140hp tetapi seberat 221kg.

BACA >>> Eropah Lancar Kawasaki Z900RS SE (2022) dengan Warna Yellow Ball

Kawasaki Z900 SE 2022 akan berdepan saingan sengit daripada pencabar lain seperti Suzuki GSX-S1000 yang menawarkan 150hp dengan berat 214kg, ditambah dengan kit brek Brembo walaupun berharga £10,999 (RM62,999).

Harga bagi Z900 SE bermula serendah £10,749 (RM61,567) dan ada pilihan pakej Prestasi dengan tambahan aksesori tetapi harga akan bertambah kepada £11,699 (RM67,009).

BACA >>> Suzuki GSX-S1000 (2021) Lancar untuk Pasaran Global, Harga RM62.5k!
BACA >>> Suzuki Bakal Menggegar! Inilah 'Game Plan' Suzuki Malaysia untuk Pasaran Tempatan
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis
BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan

SUMBER: BikeSocial

900cc Kawasaki Motors Europe Kawasaki UK Kawasaki Z900 SE (2022) Naked bike Kawasaki roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.