Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kastam Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j dalam Ops Terma
Auto Terkini

Kastam Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j dalam Ops Terma

SyafieBy Syafie24/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kastam Johor sita kereta import mewah

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menyita 42 kenderaan mewah import bernilai keseluruhan lebih RM22 juta dalam operasi khas Ops Terma yang dijalankan 5 Januari hingga 6 Februari lalu.

Operasi tersebut melibatkan 341 pemeriksaan ke atas gudang berlesen dan rondaan darat seluruh negeri.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, nilai kenderaan disita berjumlah RM7,663,970, manakala jumlah cukai terlibat mencecah RM14,368,334.

Secara keseluruhan, anggaran nilai sitaan termasuk cukai adalah sebanyak RM22,032,304,” katanya.

21 Kes Dibuka, Empat Ditahan

Dalam operasi berkenaan:

  • 21 kes dibuka untuk siasatan
  • Empat tangkapan dibuat membabitkan pemilik syarikat
  • Semua suspek lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 50 tahun

Antara jenama kenderaan mewah disita ialah:

Kastam Johor sita kereta import mewah
Kastam Johor sita kereta import mewah
  • Mercedes-Benz
  • BMW
  • Toyota
  • Lexus

Semua kenderaan tersebut diimport dari negara luar seperti Jepun dan Britain.

Antara Kesalahan Dikesan

JKDM turut memaklumkan antara kesalahan yang dikenal pasti dalam Ops Terma, iaitu:

  • Mengimport kenderaan tanpa permit import sah
  • Membawa masuk kenderaan dari Singapura tanpa dokumen lengkap
  • Menyimpan kenderaan melebihi tempoh dibenarkan tanpa membayar cukai
  • Mengeluarkan kenderaan bawah kawalan kastam tanpa izin

Mengikut peraturan, kenderaan import hanya boleh disimpan di gudang berlesen selama 24 bulan, dan lanjutan maksimum sehingga 48 bulan dengan kelulusan. Jika melebihi tempoh tersebut, cukai perlu dibayar.

Penguatkuasaan Diperketat

Ops Terma dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan import dan mengelakkan ketirisan hasil negara.

JKDM menegaskan, pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengimportan tidak sah, khususnya membabitkan kenderaan mewah bernilai tinggi.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kastam Johor Ops Terma
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.