Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kasma Daniel Juara CP150 Cub Prix Tangkak – Yamaha Y15ZR Ternyata Lebih Gah!!!
Roda2

Kasma Daniel Juara CP150 Cub Prix Tangkak – Yamaha Y15ZR Ternyata Lebih Gah!!!

Abang GYLBy Abang GYL26/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

cub prix tangkakPELUMBA Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin muncul sebagai juara kategori CP150 pada pusingan ke-2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Lumba Tangkak, Johor.

Kemenangan itu menjadikan Kasma muncul sebagai juara buat kali kedua berturut-turut tahun ini selepas menaiki podium di Litar Temerloh, Pahang.

Kasma berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 15’14.809 saat, tujuh saat dihadapan pemenang tempat kedua, Md Adib Rsley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Manakala pelumba Onexox TKKR Racding, Norizman Ismail hanya sekadar berpuas hati di kedudukan ketiga dengan catatan masa 15’24.089 saat.

cub prix tangkakCP115

Bagi kategori CP115, pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor meneruskan penguasaan apabila Mohd Akid Aziz turut meraih kemenangan kedua berturut-turut manakala Mohd Haziq Fairues menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Akid mempamerkan aksi menakjubkan apabila muncul juara dengan masa keseluruhan 11’54.345 saat sekalipun sedikit ketinggalan pada awal perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan kedua.

Ahmad Syukran Aizat (Petronas SPrinta Yamaha-CKJ) pula muncul naib juara dengan masa 11’56.690 saat.

cub prix tangkakWIRA

Perlumbaan kelas Wira pula menjadi milik duo Petronas Sprinta Yamaha-AFB Tech, Md Aiman Tahiruddin muncul juara setelah setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 9’40.633 saat.

Tempat kedua dimiliki oleh Md Khairi Asyraf Mahmood, 9’42.552 saat dan Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) di tempat ketiga, 9’46.410 saat.

Pusingan ke-3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 bakal berlangsung di Litar Kemaman, Terengganu pada 5 dan 6 Mei depan.

BACA>>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

cub prix tangkakKEPUTUSAN

CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 15’14.809s
2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha 15’20.996ss
3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha 15’24.089s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 50 mata
2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha 29 mata
3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha 26 mata

CP115
1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha 11’54.345s
2. Syukran Aizat (TRG) Yamaha 11’56.690s
3. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha 11’56.787s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha 50 mata
2. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha 36 mata
3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 31 mata

WIRA
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 9’40.633ss
2. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha 9’42.552s
3. Md Syarifuddin Azman (SGR) Honda 9’46.410s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 41 mata
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 33 mata
3. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 31 mata

CP115 CP150\ cub prix 2017 cub prix tangkak Kasma Daniel Kasmayudin KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS Wira
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.