Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Kancil Lejen’ Kena Sita, Identiti Pemilik Kekal Misteri
Auto Terkini

‘Kancil Lejen’ Kena Sita, Identiti Pemilik Kekal Misteri

Han OthmanBy Han Othman25/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAYAT ‘Kancil Lejen’ yang sekali lagi tular di media sosial baru-baru ini berakhir apabila pemiliknya ditahan polis dan didapati tidak memiliki lesen memandu.

Kondisi Kancil kuning itu ketika ditemui pula adalah tiada cukai jalan, tidak berbumbung (ditutup kanvas dan kadbod), dan tayar depan sebelah kanan sudah pecah. Turut ditahan adalah sebuah lagi Kancil hijau yang tiada nombor pendaftaran dengan cermin pintu belakang sebelah kiri pecah.

Kedua-dua kereta tersebut ditahan di bawah Sesyen 64 APJ 1987 kerana tidak layak berada atas jalan raya dan membahayakan pengguna lain.

Kisah ‘Kancil Lejen’ kembali tular apabila tersebar di laman TikTok sebelum ditularkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam akaun Facebooknya. Beliau turut membuat laporan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan kehadiran Kancil itu di jalanan sudah terlalu lama dan membahayakan pengguna lain tanpa ada sebarang tindakan dibuat.

Malah, ketidakpedulian pihak berkuasa mencetuskan tanda tanya hingga timbul desas-desus dalam kalangan netizen mengatakan ‘Kancil Lejen’ itu milik perisik Polis atau Kerajaan.

Bagaimanapun, identiti pemilik Kancil tersebut tidak didedahkan. Tetapi berdasarkan foto ditunjukkan, pemiliknya nampak seperti orang kurang siuman dengan rambut panjang tanpa rupa jelas, cuma pandangan dari sisi.

Fizikal pula kurus, dan tinggi serta memakai seluar pendek dengan menampakkan sosok betis langsing dan berotot seperti seseorang yang kerap berjalan dan berlari. Paling mencuri perhatian ialah dompet merah jambu. Hmmm….

Apapun semuanya sudah berakhir. Selamat tinggal ‘Kancil Lejen’!

BACA >>> #Tular: Netizen Syak Pemandu ‘Kancil Lejen’ Perisik Polis
BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

SUMBER: Facebook JSPT KL

Auto Terkini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kancil lejen PDRM Perodua Kancil Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

01/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

30/04/2026
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

30/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.