Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Toyota Paling Kerap ‘Recall’ di UK
Auto Terkini

Kajian: Toyota Paling Kerap ‘Recall’ di UK

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ELEMEN reliabiliti atau kebolehpercayaan adalah ciri penting bagi seseorang pengguna apabila mahu membeli kenderaan. Ini kerana tiada sesiapa pun yang suka memandu semula kenderaan mereka ke bengkel atau pusat servis untuk dibaik pulih gara-gara notis panggil balik pengeluar.

Bagaimanapun, kempen panggi balik hanyak dilakukan apabila berlaku masalah serius sama ada terus daripada pihak pengeluar asal atau selepas diarah agensi keselamatan. Maksudnya, bukan semua kempen panggil balik itu berpunca daripada pengeluar. Ada juga masalah berpunca akibat masalah komponen dibekalkan pihak vendor.

BACA >>> Segala Tentang ‘Panggil Balik’ (Recall) yang Perlu Anda Tahu

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang ‘Recall’ Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula ‘TSB’?

Di Britain, Agensi Standard Kenderaan dan Pemandu melakukan kajian  sejak 1992 mengenai model dan jenama kereta (tidak termasuk van, motosikal, bas atau kenderaan komersial). Berikut senarai jenama, yang paling banyak dipanggil balik di negara itu, termasuk puncanya:

JENAMA

1. Toyota
  • Data Britain mengenai kempen panggil balik kenderaan sudah wujud sejak 1992 dan sepanjang masa itu, Toyota menjadi jenama yang mengeluarkan notis panggil balik paling banyak, iaitu 818 kali.
  • Antara kes terbesar dan berprofil tinggi ialah pada 2018, apabila memanggil balik lebih 2.4 juta kenderaan hibrid seluruh dunia akibat masalah hilang kuasa, juga melibat 55,000 unit Prius dan Auris di Britain.
2. BMW
  • Jenama pengeluar kedua tertinggi ialah BMW dengan 698 kempen panggil balik sepanjang tempoh 30 tahun lalu. 
  • Gergasi automotif Jerman ini pernah memanggil balik 268,000 kenderaan untuk dibaiki disebabkan risiko mudah terbakar. Kejadian ini berlaku pada masa sama ketika Toyota membuat panggil balik.
  • Lebih malang, timbul masalah kekurangan bekalan hingga menyebabkan ramai pelanggan terpaksa menjauhkan diri daripada kenderaan masing-masing  hingga lapan minggu.
3. Mercedes-Benz 
  • Tempat ketiga milik Mercedes-Benz dengan 629 kempen panggil balik sejak 1992. Masalah paling ketara adalah melibatkan siri E-Class dan C-Class.
  • Contohnya, kes beg udara tiba-tiba mengembang dalam beberapa model pada tahun 2017. Rangkuman itu hanya melibatkan kereta buatan Mercedes, tidak termasuk produk van, bas atau trak keluaran jenama itu.

BACA >>> Segala Tentang Panggil Balik (Recall) yang Perlu Anda Tahu

RANKING MODEL

1. Toyota Yaris – 131 panggilan balik
  • Percaya atau tidak, Yaris ialah model ranking nombor satu di Britain paling banyak dipanggil baik dengan rekod 131 kali, merujuk rekod panggil balik kenderaan sejak 1992.
  • Ini melibatkan banyak sebab. Yaris sebenarnya hanya mula dijual pada 1999. Antaranya ialah isu beg udara Takata pada 2020.
2. Mercedes-Benz E-Class – 114 panggilan balik
  • Mercedes-Benz E-Class saja ada 114 kali kes panggil balik dan menduduki tangga kedua di Britain.
  • Walaupun banyak dipanggil balik, E-Class tetap dilihat sebagai salah satu kereta ralibel, yang digunakan sebagai teksi, kenderaan khas penguat kuasa dan pasukan kecemasan.
3. BMW 3 Series – 92 panggilan balik
  • Inilah segmen BMW paling popular di Britain dan sudah dipanggil balik sebanyak 92 kali sejak 1992.
  • Kes paling teruk berlaku pada 2018 apabila semua 3 Series yang dibina antara Disember 2004 dan Julai 2011 diminta ke bengkel kerana ada potensi masalah wayar antara bateri dan kipas pemanas. Panggilan itu membabitkan lebih 88,000 unit kereta!

SEBAB UTAMA PANGGILAN BALIK

Ada banyak sebab pengeluar membuat panggilan balik sepanjang tempoh 30 tahun lalu di Britain. Ini tiga punca utama atau paling ketara dikesan, iaitu:

1. Risiko terbakar – 643 panggilan balik
  • Ini ialah kes panggilan balik paling banyak di Britain sejak 1992 dengan risiko kenderaan mudah atau boleh terbakar.
  • Risiko kemungkinan terbakar walaupun tinggi kadarnya tetapi potensi untuk benar-benar berlaku pula dikatakan agak rendah.
2. Enjin boleh mati  – 458 panggilan balik
  • Risiko enjin mati dilihat sebagai agak serius selepas risiko kereta terbakar dan merupakan penyebab kedua tertinggi panggil balik dibuat di Britain.
  • Penyebab kejadian ialah disebabkan masalah pam bahan api rosak yang boleh mengakibatkan enjin tiba-tiba mati. Ini satu masalah berbahaya jika berlaku ketika memandu pada kelajuan tinggi. Atau enjin tiba-tiba gagal dihidupkan dalam kesesakan trafik.
3. Potesi minyak bocor  – 231 panggilan balik
  • Ada 231 kempen panggilan balik dibuat berhubung risiko bahan api bocor. Puncanya banyak berkaitan dengan masalah material plastik pada manifold yang berpotensi menyebabkan kebocoran. Dalam kes serius, boleh terbakar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

SUMBER: Zutobi

kajian Kempen Panggil Balik kempen panggilan semula Panggil Balik Recall
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.