Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu
Auto Terkini

Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, penjual tayar di Britain kini diwajibkan memberikan penjelasan tambahan mengenai label tayar baharu kepada pelanggan mereka.

Bagaimanapun, kaji selidik syarikat tayar Apollo Vredestein mendedahkan perkara itu masih gagal dilaksanakan walaupun peraturan mandatori baharu tersebut sudah diluluskan Kesatuan Eropah (EU), bulan lalu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
BACA >>> Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik

TAYAR KENA PAMER LABEL BAHARU

Setiap pengeluar tayar Britain kini perlu mempamerkan maklumat tambahan penting mengenai produk tayar dan membuat penerangan kepada pelanggan.

Label baharu itu, yang turut melibatkan produk lori dan bas, bakal diguna pakai mengikut Undang-Undang Britain tahun ini yang mengandungi maklumat baharu seperti berikut:

  • Carta rating lima tahap klasifikasi prestasi tayar: A hingga E , untuk rintangan oleng dan daya cengkaman atas permukaan jalan basah.
  • Carta rating tiga tahap: A hingga C, untuk kesan bunyi bising.
  • Simbol lain: Mengenai kondisi tayar, misalnya sama ada  sesuai untuk pemanduan salji atau ais.
  • Simbol gelombang bunyi: Label lama EU 2011/12 (atas kiri) ditukar kepada abjad ABC (atas kanan).
  • Kod QR: Untuk pelanggan mengakses pangkalan data bebas rating tayar.

RUMUSAN KAJI SELIDIK

Berikut hasil dapatan kaji selidik dilakukan Apollo Vredestein:

  • Majoriti pemilik kenderaan setuju label baharu membantu menjadi rujukan membeli tayar pada masa depan (wanita 69 peratus, lelaki 73 peratus).
  • 43 peratus responden tahu mengenai label baharu tayar. Tahap kesedaran wanita lebih rendah (32 peratus) berbanding lelaki (52 peratus).
  • 77 peratus pemilik kenderaan tidak sedar cadangan perubahan format label kenderaan.
    • Pemandu muda (25-34 tahun) sedia maklum mengenai rancangan label baharu (49 peratus)
    • Ramai pemandu 65 tahun tidak sedar perkembangan isu label baharu. Cuma 2 peratus tahu.
  • 26 peratus pemilik kenderaan mengaku penjual tayar ada memberikan penjelasan tentang label baharu sebelum mereka menukar tayar.
  • Pemilik kenderaan muda (18-24 tahun) mewakili peratusan terbesar (79 peratus) menyambut baik aspek rating bebas.

BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

PENDAPAT, SARANAN APOLLO VREDESTEIN?

  • Maklumat label baharu tayar sangat bernilai kepada pemilik kenderaan, tetapi aspek kesedaran masih terlalu rendah.
  • Pihak berkuasa tempatan dan pemain sektor tayar seperti pengeluar, pengedar dan penjual tayar perlu beri penerangan mengenai tayar kepada pengguna.
  • Maklumat dan penerangan akan membantu konsumer membuat pembelian bijak dan tepat mengikut keperluan.
  • Tayar dengan impak kurang terhadap pencemaran alam dan memiliki tahap keselamatan lebih baik dijangka jadi pilihan ramai.

PENGEDAR KERETA

  • Jika regulasi EU diserapkan sepenuhnya dalam Undang-Undang Britain, semua tayar dijual perlu ditampal label berkenaan.
  • Akses kepada maklumat dan rating tayar perlu disediakan secara atas talian, termasuk pangkalan data Pelabelan Tenaga dan Pendaftaran Produk Eropah (EPREL).
  • Syarikat penjual dan pengedar kereta perlu memaklumkan spesifikasi tayar yang dipasang pada produk masing-masing sebelum menjual.
  • Label dan spesifikasi tayar perlu disediakan dalam bentuk fizikal (hardcopy) kepada pembeli kereta jika mereka mahu membawa pulang maklumat tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama

SUMBER: Continental | Vredestein Official

Apollo Vredestein Auto Terkini berita global kajian Label Tayar Label Tayar Baharu Pengedar Tayar EU Tayar Tayar EU baharu Tayar UK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.