Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: ‘Pusing Mileage’ Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama
Auto Terkini

Kajian: ‘Pusing Mileage’ Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama

Han OthmanBy Han Othman29/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kita mungkin pernah dengar-dengar saja pasal isu ‘pusing mileage’ atau tipu odometer dilakukan penjual kenderaan terpakai supaya kereta yang mahu dijual itu tidak nampak terlaju jauh bergerak. Perasan atau tidak kebanyakan odomoter kereta terpakai di Malaysia adalah sekitar 60,000km-70,000km sahaja.

Sebenarnya isu tersebut bukan saja jadi masalah dalam kalangan pengguna Malaysia, tetapi juga di Amerika Syarikat (AS). Ini berdasarkan kajian dilakukan penulis CarFax, Chris Basso dan pasukannya yang mendedahkan terdapat kira-kira 1.6 juta kenderaan di AS sudah diubah jarak perbatuan odomoter. Ini jumlah yang mengejutkan!

BACA >>> Kereta Jarang Guna dan Pandu Jarak Dekat – Kena Servis Ikut Masa atau ‘Mileage’?

Menurut Basso, isu tersebut menyebabkan pengguna kerugian jutaan dolar kerana pembeli biasanya perlu bayar lebih untuk membeli kenderaan dengan perbatuan rendah.

UJI SENDIRI TRIK TIPU MILEAGE

Malah, trik merendahkan perbatuan dengan memutarkan odomoter itu diuji sendiri Basso dan pasukannya ke atas sebuah model Chevrolet Silverasi (2006) dengan perbatuan 230,323 batu (370,669 km). Dengan bantuan peranti murah yang disambungkan kepada komputer kereta, ia dapat dibuat sepantas kurang 30 saat untuk menukarkan perbatuan asal kepada 130,483 batu (209,992 km).

Beza jumlah tersebut cukup besar yang mana, trak pikap itu sepatutnya cuma berharga kira-kira AS$3,700 (RM15,300), tetapi selepas odometer dilaraskan semua, ia boleh dijual pada harga AS$8,000 (RM33,000)! Lebih dua kali ganda daripada harga asal mengikut tukaran Ringgit Malaysia.

Data CarFax menganggarkan hampir 200,000 odometer dipusingkan setiap tahun, tetapi masih ada beberapa cara yang boleh pengguna lakukan untuk mengelak jadi mangsa. Syarikat laporan status kenderaan berasaskan web itu menawarkan pemeriksaan penipuan odometer percuma yang memerlukan pengguna memasukkan nombor pengenalan kenderaan (VIN) dan alamat e-mel. CarFax turut menawarkan laporan lanjutan pada kadar bayaran rendah.

Menarikkan? Alangkah bagus kalau ada syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sama.

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini CarFax Chris Basso kajian Kereta terpakai Odometer Odometer Rollback Pusing Meter Pusing Mileage Tipu Mileage
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

29/07/2026
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

By Abang Hirata29/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.