Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki
Auto Terkini

Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA pengguna jalan raya berisiko terbabit kemalangan. Walaupun kereta baharu hari ini dilengkapi ciri keselamatan moden yang lebih baik, tetapi kecederaan akibat kemalangan atas pelbagai faktor masih tidak dapat dielakkan. 

Lebih berbahaya, walaupun lelaki banyak terlibat kemalangan, tetapi perempuan pula berisiko tinggi mengalami kecederaan, menurut kajian dilakukan Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) di Amerika Syarikat (AS). 

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?

Namun, risiko tinggi dihadapi perempuan itu bukan disebabkan faktor fisiologikal, tetapi saiz dan jenis kenderaan, termasuk jenis kemalangan.

Penjelasannya, pemandu lelaki cenderung memandu kenderaan berat seperti trak pikap yang memberikan ekstra keselamatan kepada mereka. Malah, lelaki juga cenderung berada dalam kenderaan melanggar, berbanding kenderaan dilanggar, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan.

Merujuk carta di atas, IIHS mendapati 70 peratus wanita yang menjadi mangsa kemalangan berada dalam kereta bersaiz kecil, berbanding 60 peratus lelaki. Sebaliknya, 20 peratus lelaki berada dalam trak pikap, berbanding wanita (5 peratus). 

Walaupun lelaki lebih banyak mengalami kecederaan secara keseluruhan, termasuk cenderung melakukan kelakuan berbahaya, tetapi wanita berisiko tinggi cedera dalam jenis kemalangan yang selalunya tidak mendatangkan kecederaan terhadap lelaki.

BACA >>> SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS
BACA >>> Bentley Bentayga (2020) – SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!

WANITA TIGA KALI RISIKO CEDERA RINGAN, DUA KALI RISIKO CEDERA PARAH

Berdasarkan data perlanggaran depan dan sisi 1998-2015, wanita tiga kali berisiko cedera ringan dan dua kali risiko parah berbanding lelaki.  

Dalam keseluruhan sampel risiko kecederaan antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mengalami kecederaan bahagian bawah badan tahap sederhana.

Data IIHS menunjukkan:

  • Perempuan 2.5 kali lebih berisiko mengalami kecederaan kaki sederhana.
  • Perempuan 70 peratus berisiko mengalami kecederaaan kaki parah.

Bagaimanapun , jurang itu boleh dikecilkan sekiranya pengeluar menambah baik aspek keselamatan kenderaan. Risiko juga boleh dikurangkan dengan memilih jenis kenderaan yang betul. Menurut IIHS, kenderaan yang mempunyai rating keselamatan terbaik dapat mengurangkan risiko kecederaan kepala dan bawah badan untuk semua pemandu tanpa mengira jantina. 

Apapun kajian IIHS itu melibatkan pemandu di Amerika Syarikat (AS) yang semestinya berbeza daripada pengguna Malaysia. Malah trak pikap masih bukan jenis kenderaan popular dalam kalangan pemandu lelaku negara kita. Namun kami juga bersetuju dengan fakta yang mengatakan ramai wanita lebih cenderung memilih kenderaan kecil.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa

SUMBER: CarAndDriver

Auto Terkini IIHS Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) kajian Kemalangan Pemandu Wanita lelaki perempuan Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.