Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Pendapat Pemandu Berpengalaman Tentang Permainan Video Terhadap Remaja
Auto Terkini

Kajian: Pendapat Pemandu Berpengalaman Tentang Permainan Video Terhadap Remaja

Abang HirataBy Abang Hirata26/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISU pengaruh permainan video atau video games sebenarnya sudah lama didebatkan. Ada bersetuju ia memberikan pengaruh buruk, dan begitu juga sebaliknya. Kajian insentif perlu dilakukan bagi menentukan mana yang baik dan negatif.

Misalnya, kajian dilakukan firma sekolah memandu untuk remaja, YoungDriver membabitkan permainan video pemanduan dengan sasaran untuk mengajar remaja memandu lebih lama, dan menggalakkan generasi pemandu baharu dalam kalangan usia 17 tahun memiliki lesen.

Keputusan kajian daripada program ditaja Vauxhall itu mendapati 47 peratus pemandu berpengalaman percaya permainan konsol video dan telefon memberikan remaja tanggapan yang salah tentang pemanduan. Kajian tersebut melibatkan 1,000 pemandu berpengalaman berdasarkan soalan tentang impak yang dirasai mengenai permainan komputer, filem dan program TV terhadap remaja.

BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan

Berikut Keputusan Kajian YoungDriver:

  • 40 peratus responden berpendapat permainan video membuatkan pemanduan teruk nampak cool.
  • 33 peratus responden berpendapat program TV dan filem memberikan kesan sama.
  • 39 peratus responden berpendapat filem dan rancangan TV jarang menunjukkan akibat buruk daripada pemanduan berbahaya atau terlampau laju.
  • 29 peratus responden percaya  tingkah laku buruk remaja ketika memandu dipengaruhi kesan negatif daripada filem seperti Fast and the Furious.
  • 58 peratus responden berpendapat adegan permotoran di skrin mempengaruhi pemikiran remaja tentang memandu lebih senang sedangkan faktanya itu bukan realiti sebenar.
  • Menarik tentang pemandu berpengalaman, 11 peratus daripadanya mengakui menonton aksi lagak ngeri atau stunt kereta membuatkan mereka terfikir betapa bagus untuk mencubanya.

USIA MUDA LEBIH TERBUKA TENTANG KESELAMATAN

Sehingga kini, YoungDriver, yang berpangkalan di Britain, sudah mengadakan 600,000 program pemanduan untuk peserta berusia 10-17 tahun. Program tersebut dibuat di lokasi persendirian dengan pelbagai kemudahan seperti lampu isyarat, simpang dan bulatan. Ada lebih 60 lokasi untuk program tersebut di seluruh Britain.

Program berkenaan dikendalikan tenaga pengajar berkelayakan dan berpengalaman dengan menggunakan kenderaan Vauxhall Corsa dengan dua kawalan. Pakar permotoran, Quentin Willson berkata;

“Kami tidak tahu kesan permainan seperti GTA dan Need for Speed ​​kepada sikap remaja tentang keselamatan jalan raya kerana penyelidikan belum dibuat. Bagaimanapun, di Young Driver kami sentiasa dapat lihat contoh pemandu muda yang belum terpengaruh dengan naratif pemanduan buruk dalam filem, TV atau permainan video, dan mereka lebih terbuka menerima input tentang keselamatan jalan raya.”

Secara ringkas, apa dibuat YoungDriver ialah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja tentang dunia pemanduan sebenar. Ini pasti lebih cool berbanding menggunakan permainan video atau menonton aksi pemanduan di layar perak atau TV.

Program sama juga sebenarnya patut dibuat kepada pemandu Malaysia. Setuju?

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Sekolah)

Auto Terkini Impak Permainan Video kajian Kesan Permainan Video permainan video Young Driver
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.