Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019
Auto Terkini

Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019

Abang HirataBy Abang Hirata03/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP negara ada kereta kegemaran masing-masing. Contohnya, Perodua Myvi sangat popular di Malaysia, manakala Toyota Avanza menjadi pilihan pembeli Indonesia. Kedudukan model popular itu sukar digugat kerana reputasi baik yang dibina sejak beberapa generasi.

Bagaimanakah pula Eropah, atau lebih spesifik di Britain? Satu platform digital jual beli kenderaan, Auto Trader mendapati Volkswagen Golf hitam adalah kenderaan paling popular di Britain berdasarkan hasil kajian daripada lebih 38 juta paparan iklan kereta atas talian.

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Kajian itu, yang disiarkan dalam laporan Kereta Paling Popular Britain 2019, turut melibatkan tinjauan ke atas 2,000 pemandu tempatan dengan data carian daripada paparan iklan dalam laman web Auto Trader, dan aplikasi bagi mendedahkan jenama, model dan ciri paling popular sesebuah kereta baharu.

Selain Golf sebagai kereta paling popular, dua lagi model menyusul ialah Ford Focus dan Fiesta. Ini kali kedua berturut-turut Golf menduduki tempat teratas, tetapi  kedudukan itu bukan sesuatu yang muktamad kerana perlu disokong data jualan.

Sementara itu, Audi dinobatkan sebagai jenama kereta baharu paling digemari 2019 dengan jumlah survei sebanyak 4,814,795 iklan sejak Januari 2019, memintas BMW hampir 800,000 paparan. Ini jelas menunjukkan jenama Jerman mempunyai reputasi tinggi dalam kalangan pengguna Britain.

Data juga menunjukkan minat pembeli terhadap kereta elektrik kini mula mengatasi model hibrid. Audi E-Tron ialah kereta eko paling popular di Britain, seiring peningkatan minat orang ramai untuk bertukar kepada kenderaan mesra alam. Trend baharu itu juga dipengaruhi polisi Kerajaan yang menawarkan subsidi, dan kemampuan pengeluar meningkatkan jarak pemanduan serta menambah baik kos bateri.

BACA >>> Kajian: Toyota Yaris Kereta Terpakai Paling Reliabel UK Menurut What Car?

10 KERETA PALING POPULAR 2019 DI BRITAIN (berdasarkan paparan iklan)

1 .Volkswagen Golf1,307,303
2. Ford Focus846,212
3. Ford Fiesta721,306
4. Land Rover Range Rover617,085
5. Land Rover Range Rover Sport591,323
6. BMW 3 Series562,623
7. Mercedes-Benz A Class541,700
8. Land Rover Range Rover Evoque525,550
9. Volkswagen Polo463,548
10. Mercedes-Benz C Class460,924
Auto Terkini Auto Trader kajian Kajian Auto Trader Roda4 Sepuluh Kereta Paling Popular 2019 AutoTrader Volkswagen Volkswagen Golf Volkswagen Golf Hitam vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.