Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika – IIHS
Auto Terkini

Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika – IIHS

Han OthmanBy Han Othman19/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KANADA ialah negara terbesar terbaharu yang menghalalkan ganja minggu ini, tetapi keputusan dikatakan bakal menyebabkan kesan serius dari segi keselamatan.

Menurut kajian baharu diterbitkan Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menghalalkan ganja atau marijuana untuk tujuan rekreasi atau perubatan mencatatkan kadar kemalangan lebih tinggi berbanding negeri jiran yang mengharamkannya.

Kajian menumpukan kepada negeri Colorado, Nevada , Oregon dan Washington, termasuk negeri negeri seperti Idaho, Montana, Utah dan Wyoming bagi tujuan kawalan. Penganalisis kemudian melihat data kemalangan dari Januari 2012 hingga Oktober 2017 serta meneliti faktor lain seperti populasi, cuaca dan campuran bandar/desa.

BACA >>> #RetroAuto: Prosedur Ujian Alkohol Jalanan Sudah Bermula Sejak 50 Tahun Lalu

Hasilnya, kemalangan meningkat 6 peratus di 4 negeri sejak jualan runcit ganja dibenarkan. Angka berkenaan disokong data polis yang menunjukkan peningkatan 5.2 peratus dalam kadar kemalangan sejak kebenaran diberikan ke atas aktiviti penjualan ganja.

Menurut IIHS, setiap negeri di AS mempunyai undang-undang ganja yang berbeza dan perbezaan tersebut mempengaruhi seberapa kerap pengguna membeli bahan perangsang itu, termasuk di mana mereka membeli dan di mana mereka menggunakannya.

KADAR KEMALANGAN SIGNIFIKAN


Biar apapun peraturan dibuat, Presiden IIHS, David Harkey berkata, kajian dilakukan jelas menunjukkan tindakan menghalalkan ganja untuk semua kegunaan memberikan impak negatif ke atas keselamatan jalan raya.

Malah, kajian jelas menunjukan saling kaitan antara menghalalkan ganja dan peningkatan kadar kemalangan dengan angka signifikan. Namun menurut IIHS, banyak negeri tidak konsisten memasukkan maklumat mengenai penggunaan dadah di kalangan pemandu dalam laporan kemalangan, manakala polisi dan  prosedur untuk ujian dadah tidak konsisten,” katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

Malah, apabila ujian dibuat, ia kemungkinan besar tidak lagi muktamad. Tidak seperti alkohol, pemandu boleh memiliki Tetrahydrocannabinol (THC) atau kesan penggunaan ganja dalam badan selama beberapa hari atau minggu selepas mengambil ganja.

SUMBER: CarScoops

Amerika Syarikat (AS) AS Auto Terkini David Harkey Ganja IIHS Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) Kanabis Marijuana USA
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026

1 Comment

  1. wqewqewqe on 22/10/2018 10:13

    nyatakan pandangan peribadi penulis tentang ganja…utk dijadikan pedoman kpd para pembaca

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.