Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang
Auto Terkini

Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Han OthmanBy Han Othman08/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA selalu baca tentang hasil kajian dilakukan saintis atau penyelidik luar negara. Ada yang skeptikal sambil berkata keputusan itu cuma terpakai di negara luar saja, dan tidak sama dengan ragam atau pe’el orang kita.

Sekarang kita baca pula kajian dilakukan penyelidik Malaysia sendiri, terdiri daripada Kumpulan Penyelidikan Ergonomik (ERGO-UM) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), dan dipetik HMetro mengenai ragam pemandu wanita negara ini.

BACA >>> Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

Kajian dibuat sejak 2016 itu dijalankan Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal bersama Profesor Ir Dr Nukman Yusoff berserta penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal, Nurul Izzah Abd Rahman. Berikut hasil kajian diperoleh tentang cara pemanduan pemandu Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas:

  • Wanita lebih banyak melakukan kesalahan ketika memandu berbanding lelaki.
  • 80 peratus jumlah pemandu wanita tidak beri signal ketika berhenti di persimpangan jalan.
  • Wanita juga tidak gemar beri signal ketika menukar lorong di lebuh raya.
  • 53 peratus pemandu lelaki cenderung buat banyak kesalahan di lebuh raya, termasuk tidak beri signal ketika menukar lorong.

Menurut Dr Siti Zawiah, kesalahan itu mungkin disebabkan faktor peningkatan usia yang boleh menyebabkan penurunan fungsi dan persepsi visual, kognitif (proses mental seperti perhatian, kelajuan memproses maklumat dan daya ingatan) serta psikomotor (pergerakan fizikal) yang mana ketiga-tiga elemen itu saling berhubung rapat.

Menurutnya, kajian dimulakan dengan soal selidik menggunakan Driving Habits Questionnaire yang dibangunkan penyelidik Universiti Alabama, Amerika Syarikat. Dalam kajian itu juga responden diminta memakai electro-cap pada kepala yang berfungsi memantau isyarat otak seterusnya menganalisis dan melihat sejauh mana pemandu bertindak ketika berdepan situasi ketika memandu.

Kajian dilakukan secara rawak ke atas 182 pemandu yang majoriti berpengalaman memandu lebih 21 tahun dan memilih kereta jenis sedan sebagai kenderaan paling kerap digunakan ketika memandu.

GUNA KAEDAH PENGUKURAN KHAS

Hasil kajian juga mendedahkan:

  • 54 peratus pemandu 50 tahun ke atas sukar memandu ketika waktu puncak.
  • 45 peratus lagi sukar memandu ketika aliran trafik berkapasiti tinggi.

Dr Siti Zawiah berkata, kajian diteruskan dengan menjalankan eskperimen awal ke atas 30 pemandu lelaki dan wanita berusia 50 tahun ke atas yang bertujuan mengetahui sejauh mana umur mempengaruhi cara pemanduan. Ia dibuat berasaskan analisis ergonomik ketika memandu di tiga jenis jalan: bandar, luar bandar dan lebuh raya yang memerlukan responden memandu selama 30 minit, iaitu 10 minit setiap laluan.

Menurutnya, eksperimen itu dijalankan menggunakan kaedah pengukuran khas elektroensefalografi (EEG) dengan memakaikan alat electro-cap di kepala peserta bagi merekod dan memantau isyarat otak selain penilaian subjektif pemandu menggunakan soal selidik.

“Data ini seterusnya dianalisis untuk mengetahui beban kerja dan sejauh mana kepantasan pemandu bertindak apabila berdepan sesuatu situasi,” katanya.

BERDASARKAN KURIKULUM JPJ


Kata Dr Siti Zawiah lagi, kesalahan pemanduan dinilai berdasarkan Kurikulum Pendidikan Pemandu ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika eksperimen dijalankan.

Antara kesalahan memandu di lebuh raya yang dinilai ialah:

  • Memandu melebihi had laju
  • Masuk lorong salah ketika menghampiri atau berada dalam bulatan atau persimpangan
  • Tidak beri signal ketika berhenti di persimpangan dan menukar lorong.

Antara kesalahan memandu di luar bandar yang dinilai ialah:

  • Langgar lampu merah
  • Berada di lorong salah di bulatan
  • Tidak memberi isyarat di persimpangan dan ketika menukar lorong

Dr Siti Zawiah menjelaskan, soal selidik dan eksperimen awal dijalankan bagi mendapatkan dapatan yang boleh digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang dan kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti segala faktor serta mengetahui punca perbezaan kesalahan pemanduan antara lelaki dan wanita.

Auto Terkini Elektroensefalografi (EEG) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ kajian Kajian UKM Kurikulum Pendidikan Pemandu Nurul Izzah Abd Rahman Pemandu Lelaki Pemandu Wanita Profesor Ir Dr Nukman Yusoff Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
Auto Terkini

Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

26/05/2026
Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
Auto Terkini

MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

26/05/2026
Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
Auto Terkini

Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

26/05/2026
Auto Terkini

Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

26/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.