Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba
Roda2

Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI peminat sukan lumba motosikal, apabila melihat pelumba idola masuk trek dan duduk atas jentera masing-masing di petak mula, ia pandangan yang cukup kool!

Tiada langsung kelihatan raut wajah yang gentar dan gementar. Segalanya terselindung di sebalik helmet muka penuh. Walaupun nampak tenang dan gagah, tetapi kata orang, dalam hati siapa yang tahu? 😅

Ini kisah benar dikongsikan juara dunia lima kali Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team) yang mengaku pernah terkencing di petak mula. Pengalaman lucu dan memalukan itu diceritakan pelumba tersebut kepada wartawan Mat Oxley.

FOKUS BOLEH HILANG KALAU RASA NAK TERKENCING

Jika anda pelumba yang kini berada di grid, tetapi pada masa sama sedang bimbangkan hal pundi kencing penuh, ia memang situasi perit yang boleh memusnahkan rasa tenang dan mengundang stres. Jadi jawapannya ada satu saja, iaitu kencing atas motor atau ketika berlumba.

Ada juga beberapa kes pelumba berulang kali ke tandas untuk buang air kecil.

“Sebelum pakai sut, maksudnya ada 10 minit sebelum pit lane buka, bermakna 20 minit sebelum race bermula. Jadi 30 minit sebelum race, aku akan kencing dan pakai sut sebelum pergi garaj. Kebiasaannya aku akan pergi kencing lagi.

“Remehkan? kadang-kadang tandas jauh sangat. Jadi aku guna botol. Aku atau pembantu aku, Kev Havenhand akan bawa botol sepanjang masa. Ini bukan kerja glamor kat dunia ini,” katanya.

BACA >>> Siap Sedia Pertahan Gelaran WSBK 2019, Kawasaki Tala Ninja ZX-10R untuk Lebih Kuasa

INGAT MINYAK TUMPAH, RUPA-RUPANYA LOPAK AIR KENCING

Jadi memang penting seseorang pelumba itu merancang urusan pergi tandas sebelum berlumba. Rea turut mengaku dia sendiri secara purata akan buang air kecil 5-6 kali sebelum berlumba. Malah, pernah tersalah percaturan. Gara-gara tidak mahu hilang fokus ketika berlumba, pelumba kelahiran Ireland itu terpaksa kencing di grid mula.

”Nak dengar cerita lawak? Masa kat WSBK Imola, awalnya aku belum nak kencing, tapi masa kat grid rasa nak kencing tu macam nak meletup. So, aku kencing je dalam sut lumba sampai meleleh bawah motor.

“Papan tanda 3 minit dah diangkat dan pemanas tayar dicabut. Ketua Mekanik, Uri Pallares nampak lopak air kencing tu. Dia beritahu mekanik casis aku yang lain. “Apa benda tu?” Dia fikir air atau minyak, atau benda lain dari motor.

Memang tanggungjawab mekanik untuk menganalisis apa saja yang keluar dari motor dan cerita selanjutnya lebih lawak. Pallares celupkan jari dalam air kencing bertakung itu dan cuba rasa. Selebihnya adalah sejarah sedih buat Pallares. 🤣

“Tapi aku menang race. Masa kat Parc Ferme, Pallares buka mulut, “hang kencing kat gridkan?” Dia terus tampar aku. Aku cuma balas, “Ye, sorry boh… Heee…” Itulah kali pertama dan satu-satunya insiden pernah aku buat kat grid,” kata Rea.

BACA >>> Bautista Dapat Honda CBR 1000RR Fireblade dengan Teknologi MotoGP untuk WSBK

BAGAIMANAKAH PELUMBA LEPAS HAJAT?

Dulu, jika seseorang pelumba tidak tahan hendak buang air kecil, mereka akan turun dari motosikal dan melepaskan hajat di pengadang tepi trek dan aksi itu dapat dirakamkan kamera TV dan dilihat penonton. Kini, seiring peredaran zaman, perbuatan itu sudah tidak dilakukan lagi.

Rea berkata;

“Aku pernah buat dalam beberapa perlumbaan dan jika buat lagi akan kena denda €5,000 (RM23,000). Aku tak rasa penaja akan gembira kalau kami pergi tandas sambil bawa jenama mereka. Aku selalu tanya pasal hal ini pada suruhanjaya keselamatan.

“Dalam sukan motocross, mereka ada tempat lepaskan hajat yang boleh pelumba guna. Dalam WSBK, ia bergantung di petak mula anda, tandas boleh jadi sejauh 200 meter, ini memang payah,” katanya.

BACA >>> Zarco Pegang Rekod Pelumba MotoGP 2019 Paling Banyak Kemalangan

SUMBER: MotorsportMagazine

Auto Terkini Jonathan Rea Kawasaki Kawasaki Racing Team Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Pasukan Kawasaki Racing roda2 Terkencing dalam Sut WorldSBK WSBK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.