Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Suku Pertama Perodua Naik 29 Peratus, 14,574 Ativa Terjual, Varian AV Paling Laris!
Auto Terkini

Jualan Suku Pertama Perodua Naik 29 Peratus, 14,574 Ativa Terjual, Varian AV Paling Laris!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mencatatkan angka jualan luar biasa bagi suku penggal pertama tahun ini dan terima kasih kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak baharu, Ativa yang merekodkan 14,574 unit tempahan sejak dibuka 19 Februari lalu.

Sokongan luar biasa untuk model SUV tersebut membantu Perodua meraih rekod jualan cemerlang, iaitu kira-kira 57,911 unit kenderaan untuk tiga bulan pertama tahun ini (Januari-Mac 2021), mengatasi angka jualan tahun lalu (44,977 unit) dalam tempoh masa sama.

Jualan
  • Suku pertama 2021 – 57,911 unit
  • Suku pertama 2020 – 44,977 unit
  • Perbezaan – Naik 29 peratus
Pengeluaran
  • Suku pertama 2021 – 60,383 unit
  • Suku pertama 2020 – 49,280 unit
  • Perbezaan – Naik 23 peratus
Logo Perodua

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;

Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kepada 24,433 unit didorong permintaan tinggi, terutama Ativa yang menerima 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan 19 Februari lalu.”

Prestasi Pendaftaran Februari 2021 dan Mac 2021
  • Mac 2021 – 24,433 unit
  • Februari 2021 – 16,583 unit
  • Pendaftaran Kenderaan Perodua – Naik 47.3 peratus

TEMPAHAN ATIVA LONJAK JUALAN

Perodua setakat ini menerima tempahan 14,574 unit Ativa dan sudah menyerahkan 4,345 unit kepada pembeli sejak 3 Mac lalu, iaitu hari pelancaran SUV tersebut. Hampir 67 peratus tempahan diterima membabitkan varian paling tinggi, AV.

Zainal Abidin berkata lagi;

Buat masa ini, cabaran terbesar kami adalah kekurangan cip semikonduktor yang memberi pelbagai kesan kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global.

Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa sama memantau situasi setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran berterusan.”

Zainal mengesahkan Perodua masih mampu mencapai sasaran jualan 2021, iaitu sebanyak 240,000 unit walaupun berdepan isu kekurangan cip. Sasaran jualan tersebut mewakili peningkatan 9 peratus daripada 2020 (220,163 unit) dan dijangka membawa kepada rekod perbelanjaan RM6.5 bilion tahun ini untuk pembelian komponen tempatan.

Perodua juga mensasarkan pengeluaran 272,000 unit (+23 peratus daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (+20 peratus daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) tahun ini.

Jualan Perodua Januari-Mac 2021 Perodua Ativa Jualan Perodua Ativa Laris 2021 Perodua Jualan Perodua Jualan Suku Pertama 2021 Prestasi Perodua
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.