Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Negeri Sembilan Kutip RM120.8k Hasil Lelong 114 Kenderaan Sita
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Kutip RM120.8k Hasil Lelong 114 Kenderaan Sita

SyafieBy Syafie26/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ Negeri Sembilan lelong 114 kenderaan sita

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip RM120,800 menerusi lelongan awam siri kedua tahun ini yang melibatkan 114 kenderaan sita.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof berkata, lelongan itu menarik penyertaan 68 pembida dengan bidaan tertinggi mencecah RM6,700 bagi sebuah lori kategori scrap, manakala bidaan terendah ialah RM100 untuk sebuah motosikal Modenas GT128.

Lelongan ini melibatkan 111 kenderaan boleh dilesenkan iaitu 104 motosikal dan tujuh kereta, manakala tiga kenderaan adalah kategori skrap, iaitu dua motosikal dan sebuah lori kargo.”

Usaha JPJ Lupus Kenderaan Sita

Hanif berkata, lelongan awam adalah sebahagian usaha berterusan JPJ melupuskan kenderaan sita secara telus dan terbuka, mengikut prosedur ditetapkan.

Sebagai rekod, JPJ Negeri Sembilan mencatat kutipan RM85,570 pada siri pertama lelongan yang diadakan pada 22 Mei tahun ini, melibatkan 70 kenderaan.

469 Kenderaan Disita Atas Pelbagai Kesalahan

Dalam perkembangan lain, Hanif memaklumkan setakat dua hari lalu, JPJ menyita 469 kenderaan atas pelbagai kesalahan serius yang berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Butiran penyitaan:

  • 165 unit motosikal
  • 121 unit kereta
  • 9 unit kenderaan perkhidmatan awam
  • 146 unit kenderaan perkhidmatan barangan
  • 28  unit kenderaan lain

Apa Kesalahan Utama?

Hanif mendedahkan kesalahan paling banyak dikesan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax tamat tempoh dan kenderaan tiada perlindungan insurans sah.

Kesalahan seperti ini bukan saja melanggar undang-undang, malah meningkatkan risiko kepada keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.”

Lelongan JPJ Beri Peluang, Didik Pemilik Kenderaan

Lelongan awam dijalankan JPJ Negeri Sembilan bukan sekadar langkah melupuskan kenderaan sita, tetapi juga peluang orang ramai memiliki kenderaan pada harga mampu milik secara sah.

Pada masa sama, operasi penyitaan berterusan menjadi peringatan kepada pemilik kenderaan supaya memastikan LKM dan insurans sentiasa diperbaharui demi keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Kenderaan Lelong
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.