Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Kenderaan Persendirian Thailand Tanpa ICP, Tidak Boleh Masuk Malaysia
Auto Terkini

JPJ: Kenderaan Persendirian Thailand Tanpa ICP, Tidak Boleh Masuk Malaysia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tiada ICP tidak boleh masuk Malaysia

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tegas kepada kenderaan dari Thailand yang memasuki Malaysia tanpa Permit Edaran Antarabangsa (ICP).

Menurut JPJ, mana-mana kenderaan asing yang dikesan berada lebih 2km dari pintu masuk sempadan tanpa permit itu bakal berdepan tindakan tegas, termasuk disita.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, peringatan itu dikeluarkan berikutan jangkaan peningkatan jumlah kenderaan dari negara jiran yang akan memasuki Malaysia menjelang Aidilfitri.

Mana-mana kenderaan tanpa ICP yang berada lebih 2km dari jalan sempadan, jika ditahan, akan disita.

“Kami ingin mengingatkan mereka supaya mendapatkan ICP di stesen kawalan penguatkuasaan JPJ di pintu masuk sempadan negara,” katanya kepada pemberita.

ICP Sah 90 Hari, Hanya untuk Kenderaan Persendirian

Kompleks imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

Aedy Fadly turut menjelas, ICP yang dikeluarkan mempunyai tempoh sah selama 90 hari dan terpakai untuk kenderaan persendirian sahaja.

ICP ini sah selama 90 hari dan hanya untuk kenderaan persendirian.

“Ia menjadi kesalahan jika kenderaan tersebut digunakan untuk tujuan lain seperti sebarang bentuk transaksi perniagaan di negara ini,” katanya.

Kenderaan dengan Saman Tunggak Tidak Boleh Masuk

Sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar

JPJ juga menegaskan, sebarang kenderaan asing yang ada saman tertunggak tidak akan diberikan ICP sehingga semua kompaun tersebut diselesaikan.

Beliau turut menambah, jika kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak didapati memasuki Malaysia, tindakan sitaan juga boleh diambil pihak penguat kuasa.

Ops Hari Raya Aidilfitri Mula 13 Mac

Dalam perkembangan sama, JPJ turut memaklumkan akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri bagi memantau tahap pematuhan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.

Operasi tersebut dijangka bermula 13 Mac dan berlangsung selama dua minggu dengan perincian lanjut akan diumumkan dalam sidang media khas.

SUMBER: MalayMail

Auto Terkini International Circulation Permit (ICP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Malaysia Kenderaan asing Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli Ops JPJ Ops Raya JPJ Permit Edaran Antarabangsa (ICP) Sempadan Malaysia-Thailand
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.