Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Keluar Hampir 4,000 Saman Pemandu Singapura Tiada Tag RFID VEP
Auto Terkini

JPJ Keluar Hampir 4,000 Saman Pemandu Singapura Tiada Tag RFID VEP

SyafieBy Syafie22/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tag permit kemasukan kenderaan (VEP) untuk pemandu SIngapura

OPERASI Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas kenderaan persendirian warga Singapura yang tidak memasang tag RFID VEP (permit kemasukan kenderaan) sejak 1 Julai 2025 mencatatkan 3,910 saman dikeluarkan dengan jumlah kompaun RM1.173 juta.

Operasi besar-besaran dijalankan di tiga lokasi strategik di Johor seperti Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), dan Taman Daya.

Arahan Bayar Serta‑Merta

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, KSAB mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 2,064 kes, diikuti BSI (1,765 kes) dan Taman Daya (81 kes).

Setiap kenderaan yang tidak mematuhi syarat dikenakan kompaun maksimum RM300 dan diarahkan membayar segera di lokasi pemeriksaan.

Strategi tegas itu disusuli amaran kenderaan boleh disita jika bayaran gagal dibuat sebagai pendekatan yang terbukti berkesan apabila semua pemandu akur dan menyelesaikan kompaun.

“Dulu Susah, Sekarang Semua Bayar”

Muhammad Kifli berkata, sebelum ini banyak saman dikeluarkan kepada kenderaan warga Singapura gagal dituntut apabila pemandu pulang tanpa menyelesaikan bayaran.

Namun pendekatan JPJ kali ini yang menuntut bayaran segera dan ancaman sita mengubah senario tersebut dengan mencatat kejayaan besar.

Notis Peringatan kepada Syarikat

Selain tindakan ke atas kenderaan persendirian, JPJ turut mengeluarkan 1,269 notis peringatan kepada syarikat pemilik kenderaan Singapura dalam tempoh sama.

Walaupun belum dikenakan saman, perkara itu menunjukkan pemilik komersial juga berada dalam radar penguatkuasaan.

Kenapa tag RFID VEP penting?

Tag RFID VEP ialah sistem wajib untuk kenderaan asing yang mahu memasuki Malaysia. Ini membantu JPJ mengesan kenderaan, menguat kuasa saman dan memperkemas kawalan trafik di sempadan, terutama apabila aliran kenderaan dari Singapura ke Malaysia sangat tinggi sepanjang minggu.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor Bahru operasi jpj pemandu singapura Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) RFID VEP
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.