Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Diskaun Hampir Tamat, JPJ Dedah 4.9 Juta Saman Masih Tunggak
Auto Terkini

Diskaun Hampir Tamat, JPJ Dedah 4.9 Juta Saman Masih Tunggak

SyafieBy Syafie18/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mendakwa walaupun berbaki kira-kira dua minggu sebelum tawaran diskaun saman JPJ 50 peratus berakhir 30 Disember ini, hampir 4.9 juta saman melibatkan jumlah kira-kira RM1.4 bilion masih belum dijelaskan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sejak tawaran diskaun itu bermula 1 November lalu, hanya sekitar 520,000 saman melibatkan nilai kira-kira RM70 juta diselesaikan.

Saman Tertunggak Libat Pesalah Masih Aktif

Masih terdapat baki sebanyak 4.89 juta saman tertunggak melibatkan jumlah RM1.4 bilion yang belum diselesaikan,” kata Aedy Fadly.

Beliau berkata, kebanyakan saman tertunggak membabitkan pesalah yang masih aktif, dan terdapat saman yang tidak dijelaskan lebih 10 tahun.

Turut hadir pada sidang media ialah Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Semakan, Pembayaran Mudah

Menurut beliau, orang ramai boleh membuat semakan saman tertunggak melalui:

  • Aplikasi MyJPJ
  • Portal rasmi JPJ
  • Hadir terus ke kaunter JPJ

Beliau turut mengingatkan semua orang awam layak menikmati diskaun 50 peratus, melibatkan semua jenis saman bawah JPJ.

Tiada Lagi Diskaun Mula 1 Januari


Aedy Fadly menegaskan, tiada lanjutan tempoh akan diberikan selepas 30 Disember ini.

Bermua 1 Januari, tiada lagi diskaun saman JPJ akan diberikan dan kadar bayaran akan kembali kepada kadar asal,” katanya.

Beliau menjelaskan diskaun tersebut diberikan sebagai peluang terakhir sebelum pelaksanaan struktur bayaran saman mengikut tempoh, seperti yang ditetapkan Kerajaan.

SUMBER: JPJMalaysia

Aplikasi MyJPJ Auto Terkini Datuk Aedy Fadly Ramli Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ saman jpj Saman Tertunggak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.