Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»José Mourinho Lebih Seronok Memandu di Portugal, Jalan Raya England Bikin Stres
Autotainment

José Mourinho Lebih Seronok Memandu di Portugal, Jalan Raya England Bikin Stres

Han OthmanBy Han Othman03/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA tidak kenal José Mourinho? Beliau adalah salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak atas kejayaannya menjulang pelbagai kejuaraan membabitkan pelbagai kelab gergasi Eropah. Tetapi, selain bola sepak, tentu ramai ingin tahu apakah pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United itu meminati dunia permotoran? Apakah kereta pertama dibelinya? Pernahkah beliau terbabit kemalangan?

Di bawah ini kami terjemahkan temubual antara media Britain, TheTelegraph dan Mourinho yang disiarkan dalam segmen gaya hidup tentang dunia kereta.

Apakah kereta pertama anda?

Bapa saya belikan Renault 5 semasa saya berusia 18 tahun apabila saya baru saja dapat lesen memandu. Kereta itu berwarna perak. Saya di universiti di Lisbon yang terletak kira-kira 64km dari rumah. Saya kemudian beli Honda Civic – kereta pertama saya beli sendiri.

Renault 5 ialah kereta pertama dipandu Mourinho.
Rallye Monte-Carlo berlangsung setiap tahun di Monaco, Perancis.

Umur berapakah anda mula berminat dengan kereta?

Saya lebih berminat dengan pertandingan berbanding kereta itu sendiri. Saya tidak terlalu suka Formula Satu (F1), tetapi seronok dengan rali. Saya suka kereta dalam situasi yang betul. Malangnya, saya tidak dapat menonton sebarang aksi Rallye Monte-Carlo pada Januari kerana sibuk, tetapi sebagai orang muda saya pernah keluar menonton (lumba kereta).

Apakah paling anda suka ketika atas jalan?

Saya tidak suka memandu di England. Saya perlu benar-benar fokus untuk memandu sebelah jalan yang berlainan. Saya memandu secara natural, saya memandu secara automatik, saya seronok memandu di Portugal. Ia menyakitkan saya kerana saya tidak seronok memandu di sini. Saya ada seorang drebar sekarang, jadi saya boleh gunakan telefon atau menonton wayang.

Apakah kereta paling teruk yang anda pernah miliki?

Sejak saya memiliki kedudukan kewangan yang baik, saya lebih bimbang tentang memiliki kereta yang bagus. Tidak menukar kereta setiap bulan seperti dilakukan sesetengah orang, tidak miliki kereta mewah, tetapi selalu cuba untuk memiliki sebuah kereta yang bagus. Saya tidak boleh komplen – saya selalu ada kereta yang bagus bagi situasi dan keperluan berbeza.

Pernah terbabit kemalangan bersama Bobby Robson.
Suzuki Vitara – kereta pertama terbabit kemalangan teruk.

Apakah kemalangan terbesar pernah dialami?

Saya pernah terbabit kemalangan besar. Saya bersama Bobby Robson untuk menandatangani satu kontrak di Barcelona pada 1996, saya memandu ke sana supaya tidak dikesan di lapangan terbang. Saya terlewat dan apabila saya memandu pulang ke Portugal, saya terlelap. Saya benar-benar bernasib baik – saya patah beberapa batang tulang rusuk dan ada sedikit parut di kepala, jadi tiada apa yang besar sebenarnya. Ketika itu saya memandu Suzuki Vitara. Selepas itu, cuma beberapa insiden kecil di bandar.

SUMBER: TheTelegraph

autotainment Honda Civic Jose Mourinho kereta Jose Mourinho Manchester United Renault 5
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

28/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

28/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.