Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»John Surtees – Satu-Satunya Juara F1 dan 500cc Meninggal Dunia
Autotainment

John Surtees – Satu-Satunya Juara F1 dan 500cc Meninggal Dunia

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABAR duka buat peminat sukan permotoran, John Surtees baru saja menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu pada usia 83 tahun. Bagi yang belum tahu, Surtees ialah satu-satunya pelumba yang menjadi juara dalam kejohanan perlumbaan dunia membabitkan jentera dua dan empat roda, iaitu motosikal dan kereta.

Menurut keluarga Surtees dalam satu kenyataan, mendiang meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat penyakit berkaitan pernafasan yang dihidapinya.

Mengimbas semula karier Surtees, beliau ialah juara Formula Satu (F1) 1964 mewakili Ferrari dan sebelum itu pernah merangkul empat kali gelaran juara dalama Kejohanan 500cc (sekarang MotoGP) pada 1956, 1958, 1959 dan 1960.

Kami amat sedih atas kehilangan seorang lelaki yang luar biasa, baik hati dan penyayang serta meraikan kehidupannya yang menakjubkan. Beliau ialah contoh sebenar tentang seseorang yang sentiasa mendesak diri hingga ke kemuncak dan seseorang yang terus berjuang sehingga ke akhir hayat.”

– Kenyataan keluarga Surtees

Surtees meninggalkan balu, Jane dan dua anak perempuannya, Leonora dan Edwina. Satu-satunya anak lelaki beliau meninggal dunia pada 2009. Selain terkenal dengan keberanian dan kesungguhan dalam litar, Surtees juga akan diingati sebagai salah seorang pelumba berbakat dan versatil sepanjang zaman.

KARIER LEGENDA

JOHN SURTEES
John Surtees menunggang jentera MV Agusta dan memenangi TT Isle of Man 1958.

Surtees memulakan karier dalam dunia motosikal pada 1949 sebagai penumpang kepada bapanya yang ketika itu adalah antara pelumba motosikal-sisi (side-car) terkenal. Beliau kemudian menunggang untuk Norton dan MV Agusta. Sebagai tambahan kepada gelaran juara 500cc, beliau sebelum itu terlebih dahulu memenangi tiga gelaran 350cc. Malah, turut menjadi pelumba pertama memenangi perlumbaan jalanan Senior TT Isle of Man di Britain sebanyak tiga kali berturut-turut.

Beliau kemudian menyertai lebih 100 perlumbaan F1 dan memenangi enam daripadanya dengan mewakili pasukan Ferrari, Cooper dan Honda. Semasa 1970-an, beliau memainkan peranan dalam merekabentuk, membina dan berlumba mewakili pasukan sendiri, Team Surtees F1, F2 dan F5000.

DUNIA SUKAN PERMOTORAN BERKABUNG

Foto AP/Alastair Grant
Dua legenda dua zaman, John Surtees dan Valentino Rossi (kanan)
Foto AP/fail
Foto John Surtees bersama Enzo Ferrari
John Surtees bersama jentera Ferrari 158 di GP Niemiec pada 1964

Sebagai tanda berkabung, Ferrari memuat naik gambar hitam-putih Surtees di Twitter yang beraksi di sebelah pengasas pasukan Enzo Ferrari dengan mesej;

Legenda sukan permotoran dan Juara Dunia 1964 dengan Ferrari, John Surtees meninggal dunia. Ingatan kami adalah bersama keluarga mendiang.”

– Twitter Ferrari

Sementara itu, pemandu F1 daripada pasukan Mercedes, Valtteri Bottas sempat mengirim mesej Tweeter;

Berita sedih hari ini. Sangat hebat berjumpa anda legenda. RIP (berehatlah dengan tenang) John Surtees.”

Juara F1 1996, Damon Hill pula berkata melalui Tweeter;

Seorang lelaki yang sangat baik. Kita sudah kehilangan seorang legenda sukan permotoran sebenar yang hebat. RIP John.”

Laman rasmi MotoGP juga tidak ketinggalan mengucapkan takziah atas pemergian Surtees dengan mesej;

Sangat dukacita mengetahui tentang John Surtees, satu-satunya individu yang memenangi kejuaraan #MotoGP dan #F1, sudah meninggal dunia pada usia 83 tahun.”

SUMBER: Fox News

autotainment F1 Ferrari Formula Satu (F1) John Surtees John Surtees meninggal dunia legenda sukan permotoran MotoGP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
F1 2026 | GP Hungary
Formula Satu

#F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.