Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jenama KIA Selubungi Bangunan Paling Tinggi Dunia, Burj Khalifa
Auto Terkini

Jenama KIA Selubungi Bangunan Paling Tinggi Dunia, Burj Khalifa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA meneruskan usaha pengenalan global terhadap transformasi baharu jenama itu dengan satu pertunjukan latar cahaya LED pada struktur bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa yang menjadi mercu tanda ibu kota Dubai.

Pengeluar automotif dari Korea Selatan itu turut memperkenalkan slogan ‘Movement that Inspires’, logo korporat dan kenderaan elektrik (EV) pertama  EV6 di Timur Tengah melalui paparan LED pada bangunan setinggi 828 meter itu.

Pertunjukan cahaya yang dibuat pada permukaan bangunan seluas 33,000 meter persegi itu turut diiktiraf Guinness World Record sebagai iluminasi LED pada muka bangunan terbesar dunia.

Logo baharu itu menandakan transformasi utuh Kia daripada pengeluar automotif konvensional kepada pencipta solusi mobiliti mampan untuk pelanggan. Langkah itu juga akan diperluas ke bidang baharu dengan mencipta pelbagai produk mobiliti inovatif dan perkhidmatan untuk menambah baik kehidupan harian manusia.

Bagi menjayakan usaha tersebut, KIA memposisikan kedudukan dalam industri mobiliti masa depan, mengembangkan bisnes membabitkan pembuatan EV, perkhidmatan dan solusi mobiliti, dan tujuan pembinaan kenderaan serta lain-lain.

Bermula pelancaran EV6 (foto atas), KIA akan mengukuhkan rangkaian EV menjelang 2026 dengan memperkenalkan 11 model baharu, iaitu tujuh berasaskan arkitektur Platform Modular Elektrik Global (E-GMP) dan empat lagi model enjin pembakaran dalaman sedia ada.

Mengenai trenkuasa, EV6 menawarkan beberapa pilihan elektrik penuh dengan konfigurasi bebas emisi membabitkan pek bateri voltan tinggi jarak jauh (77.4kWh) dan standard (58.0kWh).

EV6 menawarkan kapasiti pengecasan semula 800V dan 400V tanpa memerlukan tambahan komponen atau adapter. Keupayaan pengecasan 800V membolehkan bateri EV6 dicas daripada kadar 10 peratus kepada 80 peratus sepantas 18 minit sahaja. Varian GT pula mampu memecut 0-100kmj dalam 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 260kmj.

Naib Presiden Kanan KIA dan Ketua Jenama Global dan Pengalaman Pelanggan, Artur Martins berkata;

KIA lahir semula pada 2021 dengan visi baharu untuk mobiliti. Kami percaya idea pergerakan memberi inspirasi dan mahu mencipta ruang untuk semua pelanggan merealisasikan idea dalam kehidupan.”

BACA >>> Imej Kia K3 (2022) Didedah! Tampil Rekabentuk Serba Baharu Lebih Mengancam
BACA >>> Bermaz Auto Kini Terajui Jenama Kia di Malaysia, 3 Model CKD Bakal Lancar

SUMBER: Carmudi

Artur Martins Auto Terkini Burj Khalifa Guinness World Record Kia KIA EV6 Movement that Inspires Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.