Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jangan Terbeli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya – JPJ
Auto Terkini

Jangan Terbeli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya – JPJ

Abang GYLBy Abang GYL22/02/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://s3.amazonaws.com/carmudi-blogs/carmudi-qa/wp-content/uploads/2015/01/30085730/car_shopping_1.jpgISU kereta sambung bayar bukanlah satu perkara baharu. Setiap hari, ada saja kes penipuan yang melibatkan kereta sambung bayar berlaku.

PanduLaju juga sering menerima pertanyaan mengenai kereta sambung bayar. Rata-rata yang bertanya adakah berbaloi jika beli atau jual kereta sambung bayar. Bagaimana pula dengan risiko?

Ya, membeli atau menjual kereta secara sambung bayar terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak diduga.

PanduLaju (PL) juga telah menyiarkan 10 risiko yang bakal anda hadapi sekiranya membeli atau menjual kereta secara sambung bayar.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai risiko kereta sambung bayar, tim PanduLaju menemubual Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ir. Mohamad Dalib (DIMD).

BACA>>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap

Datuk Ir Mohamad DalibPL: Datuk, kenapa orang ramai suka beli atau jual kereta sambung bayar?

DIMD: Kebiasaannya siapa yang akan beli kereta sambung bayar? Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman seperti nama telah disenarai hitam.

Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan.

Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya.

kereta sambung bayarPL: Apakah risiko yang mereka akan hadapi jika membeli atau menjual kereta secara sambung bayar?

DIMD: Ya, membeli atau menjual kereta sambung bayar memang banyak risiko. Apa saja yang berlaku terhadap kereta itu menjadi tanggungjawab si pemilik. Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman. Yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukannya mereka yang sambung bayar.

Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan.

Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.

Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.

Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?

risiko sambung bayarPL: Kebiasaannya sebelum membeli, kedua-dua pihak akan membuat surat perjanjian mengenai urusan jual beli. Adakah surat perjanjian ini sah?

DIMD: Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, adakah ia sah dari segi undang-undang? Ya, kedua-dua pihak boleh buat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.

Anda harus tahu, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula

Dalam undang-undang seksyen 10 jelas dan menyebut menyatakan apabila sesuatu kenderaan yang telah bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh 7 hari bekerja.

BACA >>> Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi…

BACA >>> 10 Tip Beli Kereta Terpakai

BACA >>> Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?


KESIMPULAN

Apa jadi sekalipun, elakkan membeli atau menjual kereta sambung bayar. Walaupun anda mempunyai hubungan rapat dengan si pembeli mahupun penjual, elakkan urusniaga ini berlaku. Ingat, wang ringgit tidak mengenal erti sahabat mahupun keluarga. Kerana duit, segalanya boleh berubah.

Datuk Ir. Mohamad Dalib Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ kenderaan sambung bayar kereta sambung bayar sambung bayar
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026

    5 Comments

    1. Cynthia on 09/05/2017 23:48

      Saya pernah melalui kejadian ini, dan masih lagi menanggung beban tunggakan bayaran ansuran dan saman, pernah juga saya diugut oleh pihak kedua, lagi teruk, pihak kedua menyorokkan kereta di dalam kawasan yang tidak boleh dimasuki orang awam, terutama penarik kereta. Pihak kedua memaksa saya membayar sejumlah wang sebelum dia rela untuk melepaskannya.

      Reply
      • Yip on 17/07/2017 10:21

        saya telah ditipu juga, sekarang tak tahu kereta dah pergi mana, apa yg sepatut saya buat ? terus bayar ansuran ?

        Reply
    2. Salim on 23/06/2017 23:16

      Hati2 dengan http://www.cartrust.my . Penyangak terbesar.

      Reply
      • Emre on 12/12/2017 23:09

        Kenapa ye tuan, diorang ada contact sy berkenaan dgn rumah sy, sy ada plan nak jual

        Reply
    3. azmi on 08/07/2017 05:26

      kenapa kerajaan tutup mata dengan perkara ni, kes2 lain laju je, adakah pihak2 terlibat tu pun ada kaitan dengan orang2 besar, zaman teknologi canggih adalah sangat mustahil sekiranya pihak berkuasa tidak mendapat maklumat cepat, pantas, adalah sangat tidak masuk akal…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.