Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jaguar Tangguh Pengeluar I-Pace, Masalah Bekalan Bateri Kurang
Auto Terkini

Jaguar Tangguh Pengeluar I-Pace, Masalah Bekalan Bateri Kurang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAGUAR Land Rover (JLR) terpaksa menangguhkan sementara pengeluaran model kereta elektrik I-Pace berikutan masalah kekurangan bekalan pek bateri litium-ion.

Menurut laporan Daily Mail, gangguan terhadap pengeluaran model EV berharga £61,000 (RM329,930) berlaku di kilang Jaguar di Graz, Austria.

BACA >>> Covid-19: Wanita Guna Kereta RC, Kawal Guna Telefon Pintar untuk Beli Pau

Jurucakap Jaguar berkata, jadual pengeluaran terpaksa disusun semula disebabkan gangguan sementara sumber bekalan, dan kini sedang berusaha mengurangkan kesan ke atas pelanggan.

Pek bateri I-Pace diimport daripada pembekal LG Chem di Korea Selatan. Menurut laporan Reuters pula, Daimler juga terpaksa mengubah sasaran pengeluaran 60,000 kepada 30,000 unit kereta elektrik Mercedes-Benz EQC atas alasan sama kerana turut menggunakan perkhidmatan daripada pembekal sama.

JLR tidak mengesahkan sama ada isu bekalan itu ada kaitan dengan wabak Covid-19 di China. Ada beberapa pengeluar kenderaan menutup sementara operasi kilang dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan, yang turut menjejaskan pengeluar lain seperti Hyundai.

BACA >>> 9 Fakta Pantas – Jaguar F-Type Coupe Kini di Malaysia, Harga RM575,800

Bagaimanapun, pek bateri LG Chem untuk I-Pace dan beberapa kenderaan plug-in dihasilkan di kilang Wroclaw, Poland yang mana Covid-19 sepatutnya tidak memberikan impak ke atas bekalan pek bateri.

I-Pace merangkul anugerah Kereta Terbaik Dunia 2019 dan kereta itu ialah model elektrik penuh yang menerima banyak permintaan dengan jualan 18,000 unit, tahun lalu.

SUMBER: DailyMail

Auto Terkini Bateri EV Jaguar Jaguar I-Pace Jaguar Land Rover Jaguar Land Rover (JRL) Kenderaan Elektrik (EV)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.