Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jaga-Jaga, Polis Nak Datang Beraya Kalau Nampak Banyak Kereta!
Auto Terkini

Jaga-Jaga, Polis Nak Datang Beraya Kalau Nampak Banyak Kereta!

Han OthmanBy Han Othman21/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA perlu fikir dua tiga kali jika mahu cuba-cuba merentas negeri pada Aidilfitri nanti kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru saja mengumumkan akan buat rondaan dan pemeriksaan rumah ke rumah pada hari perayaan tersebut.

Ini dimaklumkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar yang menyatakan rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada pihak ataupun individu merentas negeri tanpa kebenaran.

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerja di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, dekat Ipoh, Perak.

Menurutnya, tindakan itu adalah langkah memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 selain mengurangkan risiko jangkitan wabak pada musim perayaan.

Ini kerana ada sesetengah pihak mengambil peluang merentas negeri dalam situasi cuaca tertentu yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan.

Abd Rahim berkata;

Kadang-kadang bukan disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka, jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan).

“Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepasi pemeriksaan.

“Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya.”

Beliau juga meminta orang ramai tidak keliru dengan arahan mengenai pergerakan rentas negeri seperti dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, baru-baru ini.

Walaupun pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan Isnin hingga Khamis sahaja, tetapi dikecualikan kepada mereka yang mengalami situasi kecemasan ataupun urusan kerja mendesak.

BACA >>> Polis: Tiada Lagi Rentas Negeri Hujung Minggu Kecuali 3 Sebab, Sampai Lepas Raya!
BACA >>> Polis Cakap Disalah Guna! Borang Rentas Negeri Kosong Siap Cop Balai, Tandatangan

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Datuk Seri Abd Rahim Jaafar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Polis Ronda Aidilfitri 2021 Rentas Negeri SOP Aidilfitri 2021
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.