Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jaecoo J7 PHEV 2025 Tayang di Sunway Pyramid, Anggaran Harga RM170k-RM180k
Roda4

Jaecoo J7 PHEV 2025 Tayang di Sunway Pyramid, Anggaran Harga RM170k-RM180k

SyafieBy Syafie25/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO Malaysia hari ini mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, Jaecoo J7 PHEV (plug-in hybrid) di Sunway Pyramid. SUV baharu ini akan dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ini pada anggaran harga RM170,000 hingga RM180,000.

Jaecoo J7 PHEV bakal ditawarkan dalam dua varian pilihan iaitu pacuan dua roda (2WD) dan pacuan empat roda (4WD). Sama seperti varian petrol yang dilancarkan Julai lalu, SUV ini juga dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Chery di Shah Alam.

Ada tiga warna pilihan ditawarkan, iaitu Carbon Crystal Black (hitam), Khaki White (putih), dan Moonlight Silver (perak) yang dipadankan kemasan dalaman hitam.

Berikut perincian Jaecoo J7 PHEV:

Trenkuasa

  • Dijana enjin petrol 1.5L TGDi yang dipadankan transmisi hibrid DHT (Dedicate Hybrid Transmission) dan motor elektrik di depan.
  • Dilengkapi bateri 18.3kWj dengan sokongan pengecasan standard (AC) 6.6kW dan pantas (DC) 40kW.
  • Ada ciri  V2L 3.3kW untuk mengecas perkakasan elektrik luar kereta.
  • Output kuasa 347ps (344hp) dan tork 525Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 8.5 saat.
  • Jarak perjalanan elektrik penuh 106km, mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Penggunaan bahan api 5.99 liter per 100km.
  • Gabungan bateri penuh dan setangki petrol penuh 60 liter mampu menempuh perjalanan sejauh 1,300km.
  • Ada tiga mod pandu: Economy, Standard, dan Sport.
  • Sistem suspensi strut Macpherson di depan, dan MultiLink (belakang).
  • Brek cakera ventilasi dengan kaliper merah di depan, dan cakera solid (belakang).

Luaran

  • Dimensi panjang 4,500mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,670mm, manakala jarak roda 2,672mm.
  • Mampu meredah kedalaman air 450mm.
  • Menggunakan LED pada lampu depan, lampu belakang, dan lampu siang (DRL).
  • Rekaan lampu kotak bendera (chequered flag) baharu pada bahagian depan dan belakang.
  • Dilengkapi lampu kabus depan dan belakang.
  • Rim aloi 19 inci dengan tayar EXEED berukuran 235/50 dengan.

Dalaman

  • Dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 14.8 inci dan kluster instrumen 10.25 inci.
  • Ada konektiviti Apple Carplay, Android Auto, dan arahan suara.
  • Sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara.
  • Stereng tiga jejari jenis teleskopik manual.
  • Material kerusi kulit leatherette.
  • Kerusi depan elektrik boleh laras 6-tetapan, dan kerusi belakang elektrik boleh laras 4-tetapan.
  • Kerusi depan dengan fungsi memori, ventilasi dan pemanas.
  • Tempat duduk boleh lipat 60:40.
  • Ada lampu ambien ikut rentak lagu.
  • Ada bumbung suria panaromik.
  • Ada empat port USB (dua depan, dua belakang), dan pengecas wayarles di depan.
  • Penyaman udara dwi-zona di depan, dan ventilator penyaman udara (belakang).
  • Kapasiti but 500 liter dan ekstra 1,265 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Ciri Keselamatan

  • Lapan beg udara
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan pegun automatik Auto Hold
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) terdiri daripada 20 ciri berbeza
  • Kawalan Jelajag Adaptif (ACC)
  • Bantuan Jelajag Bersepadu (ICA)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Sistem Elak Pintasr (IES)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB)
Luaran
Dalaman
Auto Terkini JAECOO J7 PHEV Jaecoo J7 PHEV 2025 JAECOO Malaysia Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) Roda4 Sunway Pyramid
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.