Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JAC Motors Rasmi Bertapak di Malaysia, Tawar Pelbagai Kenderaan Komersial ICE dan EV
Auto Terkini

JAC Motors Rasmi Bertapak di Malaysia, Tawar Pelbagai Kenderaan Komersial ICE dan EV

SyafieBy Syafie22/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA pengeluar automotif paling inovatif dan serba boleh di China, JAC Motors secara rasmi meluaskan pasaran di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai pilihan kenderaan elektrik (EV) komersial, sekali gus bersedia memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam penyelesaian mobiliti termaju dan mampan.

JAC Motors juga menawarkan barisan produk komprehensif seperti trak tugas ringan, sederhana, dan berat, termasuk kenderaan penumpang, dan EV canggih. Berikut antara model JAC yang bakal dilancarkan di Malaysia:

  • JAC i40 EV (trak tugasan ringan EV)
  • JAC i75 EV (trak tugasan sederhana EV)
  • JAC i90 EV (trak tugasan sederhana EV)
  • JAC N50 Diesel (trak tugasan sederhana diesel)
  • JAC N80 Diesel (trak tugasan sederhana diesel)
  • JAC T9 Diesel (trak pikap diesel)
  • JAC T9 EV (trak pikap EV)

Sejak 1964, JAC Motors sudah beroperasi di 132 negara dengan jualan tahunan mencecah 600,000 unit dan mendapat pengiktirafan peringkat global. Malah, pengeluar ini kekal menjadi pengeksport trak ringan nombor satu China selama 14 tahun berturut-turut.

Pencapaian tersebut membuka peluang kepada jenama itu menjadi pemain utama dalam pasaran tenaga konvensional dan baharu.

Perkongsian global bersama Volkswagen, NIO, CATL dan Cummins serta kerjasama dengan vendor seperti Aisin, Bosch, dan Hankook turut memacu kelebihan teknologi JAC, membolehkan kemajuan dalam pertukaran bateri, bahan api hidrogen, elektrifikasi dan mobiliti pintar. Kerjasama ini juga memastikan produk JAC memenuhi piawaian antarabangsa untuk kualiti dan keselamatan.

Setakat ini terdapat 27 fasiliti pengeluaran seluruh dunia, termasuk 19 kilang CKD di luar negara. JAC menggunakan proses termaju seperti kilang digital dan kilang gelap (automasi penuh). Contohnya, Pangkalan Kenderaan Komersial Hefei High-End berkemampuan menghasilkan 200,000 unit kenderaan setahun.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang merasmikan acara itu, berkata;

Industri automotif, khususnya sektor EV, adalah pemacu penting pertumbuhan ekonomi masa depan Malaysia. Ini diiktiraf Belanjawan 2025 yang menyokong sektor ini melalui pelbagai langkah, seperti insentif cukai EV, langkah pembangunan bakat kukuh, dan inisiatif yang bertujuan memacu pertumbuhan dalam sektor sokongan seperti E&E dan semikonduktor.

“Justeru pengembangan JAC Motors ke Malaysia menyokong usaha kami ke arah mobiliti hijau, seperti digariskan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP). Kami juga memuji keputusan berani dan strategik JAC Motors untuk memberi tumpuan kepada segmen EV komersial, kerana potensi besar yang ditawarkan segmen khusus ini.

“Ini juga menyokong pembekal tempatan, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, dan membantu meletakkan Malaysia sebagai hab untuk pengeluaran dan eksport kenderaan komersial ke rantau Asean, sambil menyokong matlamat Sifar Bersih kami, meningkatkan teknologi hijau, dan memacu pertumbuhan ekonomi. Kami mengharapkan sumbangan positif yang akan dibawa JAC Motors kepada landskap automotif.”

Berikut perincian perbandingan trak pikap JAC T9 dan trak komersial lain yang telah kami sediakan.

Auto Terkini JAC Motors Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) Kenderaan Elektrik (EV) Trak Komersial Ringan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

    30/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.