Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna
Auto Terkini

Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai jenama trak terkenal Malaysia dengan memperkenalkan barisan model trak tugas ringan (light-duty) Elf dan tugas sederhana (medium-duty) Forward baharu.

Dijangka berada di pasaran bermula suku ketiga tahun ini,  Elf didatangkan dalam 11 varian berbeza bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pelanggan. Jadi, Isuzu Malaysia bakal memiliki keseluruhan 19 varian untuk Elf, terdiri daripada versi empat roda, enam roda, 4×4 dan crew-cab, sekali gus menjadikan jenama ini sebagai barisan model komersial dengan pilihan varian paling banyak di pasaran tempatan.

 

Bagi memenuhi keperluan perniagaan yang lebih bertumpu dalam bandar, Elf dilengkapi  transmisi auto manual (AMT) Smoother 6-kelajuan yang menawarkan manfaat penuh sistem transmisi automatik bersama daya tahan dan kos rendah seperti transmisi manual. Ciri Smoother mampu mengelak risiko kehilangan kuasa disebabkan susutan hidraulik.

BACA >>> Trak Isuzu Terus Mengganas – Serah Unit N-Series ke-100 kepada Mighty Bakery

Model dengan ciri Smoother itu turut dilengkapi mod Econo yang mampu menukarkan rpm lebih rendah secara automatik untuk mendapatkan lebih penjimatan bahan api. Isuzu Malaysia turut memperkenalkan tiga varian Crew-Cab untuk model 2019.

TRAK FORWARD

Barisan trak Forward untuk kegunaan jarak jauh pula dinaik taraf menerusi casis lebih kukuh dan prestasi lebih baik. Model FVR34 kini mampu membawa muatan  19 tan, lebih banyak berbanding 18 tan ketika ini. Kapasiti muatan yang dipertingkat itu tidak hanya membolehkan pengendali memaksimumkan kapasiti setiap kali perjalanan, tetapi juga mengurangkan kos pengangkutan keseluruhan.

Kapasiti gandar depan dipertingkat kepada 7,500kg, menyumbang kepada kapasiti muatan keseluruhan lebih baik. Melengkapi penambahan muatan itu ialah penggunaan unit enjin 6HK-TC yang dikemas kini bagi menjana kuasa setinggi 298hp dan tork 986Nm untuk model FVR300.

BACA >>> 9 Pengedar Isuzu Terima Pengiktirafan MHD

Ia dipadankan transmisi Eaton 9-kelajuan, termasuk gear rendah crawler untuk pemanduan atas laluan rupa bumi mencabar. Bagi mengekalkan tahap keselamatan tinggi, barisan FVR34 dilengkapi brek udara penuh dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard.

Naik taraf lain untuk barisan trak Forward termasuk altenator dengan kapasiti lebih besar yang mampu memenuhi keperluan penggunaan kuasa alatan elektrik ampere tinggi.

Auto Terkini Isuzu Isuzu ELF Isuzu FORWARD Isuzu FORWARD FSR PRO Isuzu Malaysia ISUZU Malaysia Sdn Bhd Trak Isuzu
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.