Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu ERGA EV – Bas Laluan Lantai Rata Dikuasakan Elektrik Pertama di Jepun, Harga RM1.97j
Roda4

Isuzu ERGA EV – Bas Laluan Lantai Rata Dikuasakan Elektrik Pertama di Jepun, Harga RM1.97j

Abang HirataBy Abang Hirata19/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAR tidak sedar, sudah ada bas penumpang janaan elektrik digunakan di negara kita. Prasana Malaysia Berhad (Prasana) juga bakal menerima kumpulan bas diesel terakhir bermula 2025 dengan pembelian untuk bas seterusnya daripada jenis elektrik.

Terbaharu, Isuzu memperkenalkan ERGA EV, iaitu siri bas laluan (route bus) jenis lantai rata dikuasakan bateri elektrik (BEV) yang pertama di Jepun.

Selain teknologi BEV bebas emisi, ERGA EV juga bas pertama di Jepun dengan rekabentuk lantai rata penuh. Lantai ERGA EV yang rendah boleh dibuat hasil daripada motor dalam gandar (in-axle motors) yang mana motor dipasang dalam kedua-dua sisi gandar belakang.

Antara ciri menarik, berbeza kereta BEV, pek bateri dipasang pada bumbung dan bawah lantai belakang bas. Lantai bas rata memaksimumkan kegunaan dan tanpa halangan dari pintu depan hingga kerusi belakang. Pecutan BEV yang lancar, bunyi dan gegaran rendah turut meningkatkan keselesaan penumpang.

Bateri voltan tinggi ERGA EV boleh dicas menggunakan pengecas 350V standard Jepun dan masa diperlukan untuk menambah tenaga daripada 20 sehingga 80 peratus memerlukan 3.2 jam (pengecasan pantas CHAdeMO).

Satu lagi ciri bermanfaat, ERGA EV boleh membekalkan tenaga untuk perkakasan elektrik jika diperlukan atau ketika bencana alam melalui fungsi kenderaan-kepada-beban (V2L).

Ada lagi rekod dicatatkan ERGA EV, iaitu:

  • Bas laluan pertama Jepun yang dilengkapi Pemantau Status Pemandu (Driver Status Monitor, DSM) dan Sistem Henti Pandu Kecemasan (EDSS): Mengesan kejanggalan pemandu dan menghentikan bas dengan selamat walaupun di laluan curam.
  • Dilengkapi Pemantau Titik Buta (BSM): Mengesan dan memperingat pemandu mengenai kehadiran pejalan kaki atau basikal dari sisi.
  • Bas pertama dilengkapi sistem PREISM*: Sistem konektiviti canggih yang membolehkan pengawasan status operasi bas dibuat dari jauh. Syarikat pengendali bas boleh mengawasi status tenaga bateri (SOC) dan jarak pemanduan.

Operasi bas laluan BEV memerlukan penggunaan pengecas pantas dan boleh menyebabkan kos elektrik lebih tinggi berikutan permintaan yang meningkat pada waktu puncak.

Bagi menangani cabaran tersebut, khidmat pengurusan operasi Isuzu memperkemas fungsi untuk jadual pengecasan dan pengurusan pengecasan dari jauh dan juga boleh dihubungkan dengan sistem pengurusan tenaga syarikat pengendali bas.

Khidmat tersebut mengurangkan kos elektrik dihadapi pengendali bas melalui jadual pengecasan berasaskan jangkaan janaan kuasa.

Spesifikasi Isuzu ERGA EV (model bandar jarak roda pendek)

  • Jenis: ZAC-LV828L1
  • Dimensi: Panjang 10,545mm x lebar 2,485mm x tinggi 3,330mm, dan jarak roda 4,990 mm.
  • Jenis Motor: Motor induksi AC
  • Output Kuasa: 250kW (335hp) (125kW x 2 pek), dan tork 960Nm (480 × 2 pek).
  • Bateri: Litium-on 245.3kWj.
  • Jenis Pengecas: Pengecasan pantas CHAdeMO.
  • Jarak Pemanduan: 360km (kelajuan malar 30kmj).
  • Jumlah Penumpang: 70 orang

Isuzu mensasarkan jualan 150 unit setahun, dan dijual pada harga 65,781,980 yen (RM1,975,440).

* (PRE = Pre-breakdown) + (ISM = Isuzu’s philosophy)
Isuzu Isuzu ERGA EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.