Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu D-Max Catat Prestasi Jualan Kukuh, Penggal Kedua 2025 Dijangka Terus Meningkat
Auto Terkini

Isuzu D-Max Catat Prestasi Jualan Kukuh, Penggal Kedua 2025 Dijangka Terus Meningkat

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (kiri) dan COO Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.
DENGAN kelebihan utama dalam aspek kecekapan bahan api menerusi barisan trak pikap, Isuzu Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai pemain kedua terbesar dalam pasaran trak pikap tempatan.

Ini dibuktikan dengan prestasi jualan memberangsangkan suku kedua 2025 bagi model Isuzu D-Max.

Prestasi Jualan Suku Kedua 2025

Isuzu D-Max X-Terrain

Jumlah jualan suku tahunan dicatatkan membawa kepada perkongsian pasaran 16 peratus, dengan 3,081 unit Isuzu D-Max terjual setakat ini.

Kejayaan itu disumbangkan permintaan kukuh terhadap varian enjin 1.9L, yang terkenal dengan kecekapan bahan api, prestasi memukau dan keselesaan serta kesesuaian dalam pelbagai kondisi pemanduan.

Model itu sahaja menyumbang lebih 85.8 peratus daripada jualan keseluruhan D-Max.

Varian Paling Popular

Antara varian paling mendapat sambutan ialah 1.9L 4×4 Auto Premium, yang menawarkan padanan terbaik dari segi kelengkapan, keselesaan dan keselamatan.

Selain itu, varian tersebut juga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai trak pikap dengan pencapaian perjalanan paling jauh menggunakan setangki diesel penuh. Varian tersebut menyumbang 18.6 peratus kepada keseluruhan jualan D-Max.

Pandangan Pihak Pengurusan

CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (kiri) dan COO Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo
CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (kiri) di samping COO Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (foto atas kiri) berkata;

Keputusan dicapai tahun ini mengukuhkan corak yang kami perhatikan sejak tahun lalu.

“Ramai pengguna, termasuk pemilik kereta penumpang, mula beralih kepada trak pikap seperti D-Max kerana pelbagai kelebihan dari segi pemilikan dan pengalaman pemanduan. Kami yakin prestasi ini akan berterusan pada separuh kedua tahun ini.”

Barisan Model Luas, Menarik

Isuzu D-Max X-Terrain
Isuzu D-Max X-Terrain

Isuzu kini menawarkan sembilan varian D-Max di pasaran Malaysia, bermula model asas 1.9-L Low Ride 4×2 untuk tugas berat, hingga varian perdana X-Terrain yang memenangi pelbagai anugerah. Kepelbagaian itu membolehkan pengguna memilih model paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan mereka.

Fokus Penggal Kedua 2025

Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo menjelaskan fokus syarikat separuh kedua tahun ini adalah mendekati lebih ramai pelanggan di luar kawasan pengedaran tradisional.

Kami mahu memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan dan menyerlahkan kelebihan sebenar barisan produk kami,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai barisan Isuzu D-Max atau lokasi bilik pameran Isuzu berhampiran boleh layari pickuptruck.isuzu.net.my atau ikuti laman rasmi Facebook di ISUZU.DMax.Malaysia.

Auto Terkini CEO Isuzu Malaysia Tomoyuki Yamaguchi COO Isuzu Malaysia Kenichi Kudo Isuzu D-Max Isuzu D-Max (2024) Isuzu D-Max X-Terrain Isuzu Malaysia Roda4 Trak pikap Trak Pikap 4x4
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.