Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Sah Masuk Malaysia 18 September Ini
Auto Terkini

Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Sah Masuk Malaysia 18 September Ini

Han OthmanBy Han Othman11/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU bakal memperkenalkan D-Max dengan enjin 1.9L Ddi Blue Power dengan teknologi lebih cekap yang menjanjikan kuasa enjin lebih baik, rendah kadar emisi, dan penjimatan bahan api lebih tinggi,.

Enjin 1.9L baharu ini mewarisi DNA enjin Isuzu terdahulu yang terkenal dengan aspek reliabiliti dan jangka hayat panjang. Versi enjin kali ini direka untuk menjadi satu penanda aras baharu yang bukan hanya ketahanan tinggi, tetapi juga menawarkan tahap kuasa dan kecekapan tinggi.

Pengurus Besar Bahagian Rekabentuk Enjin di Pusat Teknikal Isuzu di Asia, Isamu Tateyama berkata, enjin baharu Isuzu ini bakal mengubah dan membentuk pandangan serta pendekatan baharu untuk masa depan Isuzu di persada dunia.

Antara keistimewaan enjin 1.9L DDi Blue Power adalah lima penambahbaikan operasi untuk meningkatkan aspek kecekapan. Pada masa sama, Isuzu berjaya meminimumkan 5 kekurangan yang biasa dialami enjin diesel. Kekurangan dimaksudkan itu bukanlah negatif, tetapi lebih kepada mengoptimumkan aspek prestasi, kecekapan dan kos penyenggaraan.

DITAMBAH BAIK

  • Lebih kuasa
  • Lebih tork
  • Lebih tahan
  • Lebih cekap bahan api
  • Lebih mesra alam

DIKURANGKAN

  • Kurang C02
  • Kurang berat
  • Kurang geseran
  • Kurang bising
  • Kurang kos penyelenggaraan

Prestasi enjin ditingkatkan menerusi rekabentuk kebuk pembakaran baharu, pengecas turbo VGS berkecekapan tinggi, geseran sesama komponen enjin lebih rendah dan suntikan bahan api lebih tepat daripada sistem commonrail tekanan tinggi.

Hasilnya, Isuzu dapat meningkatkan 10 peratus kuasa menerusi enjin baharu ini yang menghasilkan kuasa 148hp @ 3,600rpm, manakala tork ditingkatkan 9 peratus, iaitu 350Nm @ 1,800rpm – 2,600rpm berbanding trenkuasa terdahulu.

Unit enjin RZ4E baharu ini juga mengurangkan 37 peratus isu kehilangan tenaga mekanikal menerusi pengurangan geseran komponen dalaman. Dilengkapi sistem Kitaran Semula Gas Ekzos (EGR) dan penapis minyak eko, enjin kali ini mampu memberikan penambahbaikan kecekapan bahan api hingga 19 peratus berdasarkan ujian dilakukan di Thailand. Malah, pembebasan C02 dan N0x juga lebih rendah.

KURANG GESERAN, TAHAN LAMA,  ENJIN LEBIH BERSIH

Pengurangan geseran dalaman dapat memastikan komponen tekanan tinggi lebih tahan lama injektor, con-rod, pelaras injap, blok silinder dan head yang setiap satu direka semula dan diperkukuh bagi memastikan prestasi dan daya tahan bertambah, sekali gus merendahkan kos selenggara.

Sistem suntikan commonrail baharu turut dikemas kini. Rekabentuk baharu ini menyediakan pengatoman bahan api lebih baik yang membolehkan jumlah suntikan lebih terperinci. Hasilnya, pembakaran jadi lebih bersih, menjimatkan minyak, prestasi enjin menjadi lebih baik, pembebasan ekzos lebih rendah dan juga pengurangan gegaran serta bunyi bising.

Penambahbaikan penting lain ialah pengurangan berat enjin yang 56kg lebih ringan berbanding unit 4JK1 2.5-L sebelum ini. Selain menguranngkan berat jentera, ia turut menambah kapasiti beban muatan, manakala pengendalian kini lebih mantap.

Enjin 1.9L dipadankan transmisi 6-kelajuan baharu, sama ada manual dan automatik yang dibangunkan khas untuk D-Max baharu. Transmisi  baharu ini menawarkan nisbah gear lebih rapat untuk fiil pemanduan lebih responsif, terutama ketika memandu dalan julat halaju pertengahan.

Ini membolehkan pemandu memotong kenderaan depan dengan lebih pantas. Dua nisbah gear paling tinggi pula memberikan fiil lonjakan yang lebih selesa.

D-Max 1.9L Ddi Blue Power akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini. Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rasmi ISUZU.DMax.Malaysia atau www.isuzu.net.my/pickup/.

GALERI
1.9L Ddi Blue Power Isami Tateyama Isamu Tateyama Isuzu Isuzu D-Max Isuzu Malaysia kenderaan komersial ringan Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.