Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isu Beg Udara Takata: Honda Umum Lokasi Hab Servis Sentral & Hab Mobil, Tawar Ganti Rugi Menunggu RM50 Sehari
Auto Terkini

Isu Beg Udara Takata: Honda Umum Lokasi Hab Servis Sentral & Hab Mobil, Tawar Ganti Rugi Menunggu RM50 Sehari

Han OthmanBy Han Othman29/07/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

update-beg-udara-takata

HAB SERVIS SENTRAL

Honda Malaysia akan membuka tiga Hab Servis Sentral sementara bermula 1 Ogos – 30 September 2016. Hab ini akan beroperasi 7 hari seminggu kecuali cuti umum bermula jam 8.00 pagi – 7.00 malam. Lokasi hab adalah seperti berikut:

  • HAB UTARA – (sebelah SMJK Convent Dato’ Keramat), No 401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.
  • HAB TENGAH – Soo & Sons Metal Works Sdn Bhd (sebelah Hospital Columbia Asia), Lot 15 Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
  • HAB SELATAN – Oriental Assemblers Sdn Bhd, 99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Semua Hab Servis Sentral ini dibuka sebagai tambahan kapasiti servis bagi aktiviti penukaran inflator beg udara Takata selain membantu memudahkan kekangan dihadapi pusat servis Honda dan menyediakan tempat simpanan alat ganti yang diperlukan untuk penukaran. Pelanggan boleh buat janji temu dengan mana-mana Hab Servis Sentral dengan menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.

Disebabkan jumlah panggilan balik yang banyak membabitkan inflator beg udara bahagian pemandu dan penumpang depan, sebuah kereta mungkin perlu menjalani proses panggil balik dalam sesi berasingan. Bagaimanapun, buat masa sekarang keutamaan diberikan kepda penukaran inflator beg udara pemandu berdasarkan alat ganti siap ada dan kekurangan inflator beg udara bahagian penumpang depan.

HAB MOBIL

Bagi memudahkan akses pelanggan ke lokasi servis dan menjadikan proses penukaran inflator beg udara Takata lebih mudah dan pantas, Honda Malaysia akan menyediakan 24 Hab Mobil yang dibuka di 21 stesen minyak Petron terpilih dan tiga lokasi Honda Family Road Trip.

Hab Mobil ini akan dibuka pada 5 Ogos – 25 September 2016 dan akan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di tiga lokasi berbeza bermula jam 8.00 pagi – 7.00 malam. Sila rujuk gambar di atas yang dimuat naik bersama artikel ini untuk lokasi Hab Mobil.

Sebagai tambahan, Honda Malaysia juga akan menubuhkan Tim Mobil sebagai pasukan sokongan kepada Hab Servis Sentral dan Hab Mobil bagi mempercepatkan proses penukaran inflator beg udara Takata. Pasukan ini akan mengunjungi premis kereta terpakai untuk memeriksa status kereta-kereta terpakai Honda yang dijual. Jika diperlukan, penukaran inflator beg udara Takata akan terus dibuat segera.

Pembeli kereta terpakai Honda dinasihatkan memeriksa status kenderaan mereka dengan memasukkan VIN (nombor casis) di laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.

GANTI RUGI MENUNGGU

03 LOST OF USE REIMBURSEMENT FOR FAULTY TAKATA DRIVER FRONT AIRBAG INFLATORS
Ganti rugi penggunaan kereta sepanjang tempoh menunggu dikhaskan buat pembeli kereta di bawah Honda Malaysia. Justeru pelanggan diminta mendaftar di www.productrecall.honda.com.my untuk mendapatkan bayaran ganti rugi RM50 sehari bagi ‘kerugian guna kereta’. Tempoh ganti rugi bermula 28 Julai – 31 Ogos 2016.

Semasa ketibaan alat ganti penukaran inflator beg udara Takata pemandu, pelanggan yang mendaftar dengan Honda Malaysia akan dimaklumkan dan dinasihatkan menggantikan alat ganti itu dalam masa dua hari. Proses dan maklumat lanjut mengenai pelan ganti rugi itu boleh dibaca di www.productrecall.honda.com.my.

HUBUNGI HONDA MALAYSIA

Sekali lagi Honda Malaysia mengingatkan pelanggannya supaya memerika status keselamatan kenderaan masing-masing menerusi laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi saja talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.

Beg udara takata Hab Mobil Hab Pusat Servis Honda Malaysia Sdn Bhg inflator beg udara Takata kemas kini beg udara Takata
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.