Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah Porsche 911 yang ke-1,000,000, Sudah 54 Tahun Kekalkan Legasi
Roda4

Inilah Porsche 911 yang ke-1,000,000, Sudah 54 Tahun Kekalkan Legasi

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS 54 tahun Porsche 911 dilancarkan, model kereta sport buatan Jerman itu kini sudah mencapai​ angka tujuh angka jualan. Porsche baru-baru ini melancarkan 911 ke-1,000,000 yang dibina di kilang Zuffenhausen selepas 54 tahun diluncur keluar dari barisan pengeluaran.

Porsche 911 Carrera S itu – cuma dihasilkan 1 unit – diselia dan dibikin sendiri Porsche untuk dijadikan kereta pameran di Muzium Porsche dengan diberikan sentuhan penaiktarafan istimewa sebagai penghargaan kepada pencapaian cemerlang yang dicapai.

Kereta sport itu diperhalusi secara buatan sendiri oleh bahagian Porsche Exclusive dengan mengekalkan beberapa elemen rekabentuk khas yang diterapkan sejak 1963. Menjengah ruang kabin, gaya kerusi kulit menggunakan paten pepita (seperti corak dam) seperti terdapat pada model asal, manakala instrumen papan pemuka yang membulat pula dihiasi kemasan perak, juga sama seperti 911 keluaran awal.

ENJIN DIPERHALUSI

Semestinya Porsche tidak membiarkan 911 ini cuma sedap dipandang mata, enjin turut ditala semula untuk menghasilkan kuasa setinggi 445hp, sekali gus mampu memecut 0-97kmj sepantas 4.2 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 312kmj!

54 tahun lalu saya berkesempatan mengikutkan trip pertama merentasi laluan gunung di Grossglockner bersama bapa saya. Perasaan berada dalam 911 hari ini adalah sama menyeronokkan seperti dahulu.

“Ini kerana 911 sentiasa memastikan nilai teras jenama kami sebagai wawasan hari ini seperti yang ada pada Porsche 356/1 pertama dari 1948.”

– DR WOLFGANG PORSCHE, Pengerusi Porsche

Walaupun hayat Porsche edisi khas ini akan berakhir sebagai kereta pameran di Muzium Porsche dekat Stuttgart, tetapi sebelum itu model tersebut akan melakukan siri jelajah dunia di beberapa hentian seperti di Tanah Tinggi Scotland, litar Nurburgring, Amerika Syarikat dan China.

Apakah anda sukakan rupa Porsche 911 ke sejuta ini?:)

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Kereta Sport Muzium Porsche Porsche Porsche 911 Porsche 911 Carrera S Porsche 911 ke-1 juta Porsche Exclusive Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.