NAMPAKNYA Perodua baru saja mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung insiden stereng Perodua Axia 1000E (manual) terkunci yang hangat viral di media sosial. Walaupun tidak menyebut nama pelaku, rasanya pembaca semua tentu sedia maklum mengenai kemalangan yang menimpa saudara Husein Mat Omar (HMO) pada 6 Jun lalu.
Status mengenai insiden tersebut dimuat naik saudara HMO pada 2 Ogos lalu berserta 5 foto kereta miliknya sesudah kemalangan. Di bawah ialah screenshot status Husein. Boleh BACA >>> SINI:
Kami tidak terus berkongsi berita viral tersebut kerana menunggu kenyataan balas Perodua. Namun seorang jurutera Perodua, Mohd Shukri Ismail tampil memberikan penjelasan (BACA >>> SINI) mengenai kemungkinan menimpa HMO dari sudut pandang dirinya sebagai seorang jurutera. Namun, kenyataan balas Mohd Shukri itu (seperti foto di bawah) bukanlah kenyataan rasmi Perodua.
Akhirnya Perodua tampil menyiarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan, kelmarin (06/08). Berikut ialah kenyataan media Bahasa Malaysia yang dimuat naik dalam laman Facebook MYPerodua.
Jadi, tidak mahu hanya berhenti di situ, kami di PanduLaju (PL) langsung menghubungi HMO (foto di bawah) untuk meminta penjelasan juruteknik di Pulau Pinang itu mengenai kemalangan tersebut secara lebih terperinci. Ini kerana dia berkeras mendakwa kereta Axia viral dipandunya itu benar-benar bermasalah seperti yang ditulis pada status pertama dahulu. Berikut ialah temu bual kami dengan HMO:
PL: Sudah baca status jurutera Perodua dan kenyataan media Perodua pasal kes tuan?
HMO: Ya, sudah.
PL: Ada apa nak komen?
HMO: Cara dia (jurutera Perodua) jelaskan ialah membrek dulu dan stereng terkunci. Tapi, apa terjadi pada saya ialah stereng terkunci dulu sebelum saya tekan brek.
PL: Repot Perodua sebut pasal tayar botak.
HMO: Tidaklah botak sangat macam digembar-gemburkan. Cuma kalau ikut ukuran twi tyre wear indicator (indikator haus tayar), memanglah dikatakan botak beberapa peratus. Saya dulu pakai Toyota SEG, biasa bawa kereta redah hujan dengan tayar haus sampai nampak dawai, brek tak ada masalah pun.
PL: Kami nak sahkah lagi ni. Maknanya, tuan tak tekan brek langsung, tapi stereng terkunci? Atau stereng terkunci masa kereta tengah terbabas?
HMO: Ya, itu yang jadi. Bila stereng sudah terkunci, automatiklah saya tekan brek. Tapi brek jadi 'kosong' (tiada cengkaman). Kalau simptom macam jurutera Perodua tu sebut, brek akan 'keras' bukan 'kosong'.
PL: Rasanya simptom tu macam drive belt putus. Tuan dah periksa enjin selepas kemalangan?
HMO: Rasanya bukan sebab itu kot sebab lepas kemalangan saya hidupkan semula enjin. Semuanya ok sebelum saya matikan semula sebab bahagian radiator nampak berasap.
PL: Pihak Perodua ada jumpa tuan?
HMO: Tak ada. Hanya sekali saya dapat panggilan telefon daripada Perodua Seberang Jaya yang beritahu mereka sudah siasat dan puncanya tayar botak. Nasib baik masa tu bulan puasa, kalau tak memang saya marah dia orang. Lain daripada tu, hanya repot yang dihantar. Itu saja.
PL: Satu lagi, betul ke tuan nak ambil tindakan mahkamah?
HMO: Insya-Allah, saya mungkin kena kumpulkan pemilik Axia yang mengalami masalah sama dan mohon bantuan agensi bukan kerajaan (NGO). Kalau setakat saya seorang, macam kena gigit nyamuk saja bagi Perodua.
PL: Ada apa lagi nak komen?
HMO: Ya, ada lagi. Kenapa dalam FB pakar teknikal kata perbatuan (mileage) 80,000km, tapi repot rasmi 83,000km? Sedangkan perbatuan sebenar 73,000km. Sekali lagi saya nak tekankan, stereng kereta saya terkunci dulu sebelum saya tekan brek. Dan brek rasa kosong!
Kami sangat pro pengguna, tetapi rasanya tidak adil jika kami cuma menyiarkan artikel secara berpihak. Jadi, artikel ini ditulis bertujuan memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak terlibat antara Perodua dan HMO untuk membuat penjelasan masing-masing. Mungkin ada baiknya Perodua dan HMO bersua muka untuk mencapai penyelesaian terbaik.
Bakar says
Saya xnak masuk mana mana pihak dalam kes ni..saya nak kongsii cerita sy beli motor baru modenas CT115..model baru...tiga hari sebelum raya aidil fitri sy ambil motor tersebut dari kedai...bayngkan hari raya ketiga motor sy mula meragam...tak boleh slow..laju ok..bila slow terus mati.bawa pergi periksa kat kedai motor yg saya beli pun tak boleh juga...hari raya ke 8 saya bawa ke modenas.....moralnya disini tak semestinya barang baru tu tak rosak...
capalturbo says
Boleh jadi alternator nak kong tu...
naz says
Jawapan jurutera p2 pun mcm x tau psl kereta.gen2 xde abs pun bile brek emergency pun lock steering.cuma brek mati je( bukan brek keras).wlpun brek mati tp kereta msh dpt dikawal.sorry to say perodua kereta anda mmg x selamat.
naz says
Sorry ttgl word..gen2 xde abs pun x lock steering.
Dos says
Boleh tanya .. enHusein ni mmg owner keta ni ke.. rasa mcm owner dia lain.. saja tanya laa
wow says
saya pernah brek mengejut sewaktu sebelum terlanggar kereta dihadapan yang berhenti di tempat yg tidak sepatutnya kerana kereta dihadapannya mahu melakukan u turn dan lari selepas kemalangan tersebut dan kereta memang menggelungsur walaupun sudah ditekan brek. stereng tidak dapat dikawal walaupun sudah dipusing ke kiri atau ke kanan, kereta terus menggelungsur straight ke hadapan. sebelum kejadian kereta lembap semacam dan kelajuan sekitar 60 ke 70km/j dan jalan basah akibat hujan. brek memang mencengkam tayar dan tidak kosong cuma stereng tidak dapat dikawal bukan stereng lock. mungkin kereta sekarang dipenuhi fungsi sensor yg memeningkan kepala. tayar tidak botak mungkin kualiti tayar tersebut. tayar keras bunga cantik tahan lama memang tidak sesuai utk pemanduan di malaysia. cari compound lembut sedikit walaupun mahal dan tidak tahan lama kerana lebih mencengkam permukaan jalan.
peminat perodua says
Memang klu hujan jalan basah brek akn mencengkam tayar ttp tayar tidak mencengkam jln dan menggelongsor/swimming/terapung atau dikatakan 'hilang kawalan' ,Di sini peranan sistem abs tu utk elak brek mengunci tayar secara mengejut, walaubagaimananpun steering masih dapat dipulas/dipusing cuma tiada kesan atau pemanduan tidak lagi mengikut steering/pemandu.Inilah bnyk kes2 kemalangan yg membawa kenderaan terlalu laju dan membrek mengejut ketika ambil selekoh terutama jalan licin/waktu hujan. Macam kes di atas yg berlaku tu tiada kena mengena dgn abs ttp steering tu terlock,tak tahu kenapa mungkin ini teka saya shj minta maaf ada kemungkinan terpulas kunci kereta ke kiri. Wallahualam ( Allah shj lbh mengetahui ) dn tuan diri yg tahu kejadian tersebut saya cuma agak shj. Pihak perodua perlu ambil serius krn isu ini ialah isu keselamatan dan nyawa pengguna jalanraya.
khairol says
saya dah guna axia ni dah hampir 3 tahun.dalam 3 kali Compressor Air Cond perodua axia saya rosak. kilometer pulak baru 30,000.saya mitak di tukarkan Compressor Air Cond model lain.pusat service perodua cakap tak boleh sebab tapak dia tak sama.dan saya diberitahu waranti Air Cond hanya 3 tahun.masaalah ini bukan saya seorang sahaja terkena.kawan2 saya yang pakai perodua axia kebayakan kena.jadi saya mitaklah mana2 pihak cari dan selesaikan masalah Compressor Air Cond perodua axia yang mudah rosak.jangan biar orang hilang kepercayaan pada kereta dan kualiti perodua.
FoxtrotAlpha says
Salam Khairol,
Sama aircond Axia saya problem. Model December 2014 dan dia rosak 2018. Perodua dgn senang hati kata warranty tamat sbb 3 tahun. So dalam 5 kali hantar kat Servis Perodua Sg. Penchala (dealer) dia punya specialist (subcon) aircon kata lain kali jgn pakai minyakRON95 , guna RON97. Ingat kereta saya Mercedes-Benz ke nk guna minyak RON97? So saya dah fed up bawak kat kedai aircon n wiring. Dia dpt detect sebenarnya bukan compressor, tapi aircon MAGNETIC CLUTCH aja. So repair benda tu baru selesai masalah aircon yng tak sejuk tu.
Sekarang ni tahun 2019 ni oil sealant getah pulak buat hal. Minyak hitam leaking. Spare part murah semua dlm RM80 lebih tapi sbb kena angkat gearbox so diorang charge labour RM250. Jumlah semua quotation rm600 tu pun kalau nak top up minyak hitam. Ni quotation dpd Servis Centre Perodua Sg. Penchala. Mohon sapa2 dptkan quotation murah lagi ke.
Nua says
Saya nak tahu..kenapa kereta alza bila hujan stereng jadi lock..tiba2..saya tanya banyak workshop tahu apa punca. Mohon pencerahan..
Iera says
Saya baru lepas kemalangan...Keta Alza Ez saya stereng jadi lock tiba2 time corner x boleh buat apa2 keta trs langgar devider...nasib saya baik sebab tak laju dan takde keta lain blkg saya masa tu...persoalannya knp boleh jadi camtu??? Stereng lock tiba2 semasa memandu wlpn x tekan brek...Airbag pun tak berfungsi...Tlg laa...nyawa saya berharga kott...Perodua banyak sangat masalah camni apa citer?
Mat says
Saya pun baru je terjadi abg ipar bawa kereta alza saya masa nk pergi hospital serdang masa tengah drive tiba2 steering lock sendiri ketika jalan lurus lalu kereta terbabas berpusing. Dah la kat dalam kereta tu 1 keluarga ada.
Nora akma binti Ahmad says
Adik saya kemalangan Hari nie..juga pakai kereta axia..baru lepas hujan, selekoh n terbabas..steering terlock n break Tak function..nie tengah buat report...sabo jerla. Family selamat...bumper tercabut...
Noriah abd latib says
Sya beli kereta axia 3 thn lepas. Pada 13hb may 2020, sya alami kemalangan kecil, keadaan ketika itu baru lepas hujan, bila lalu jalan selekoh dgn kelajuan 40 km, brek perlahan tiba2 stereng xblh kawal, mcm kena hysteria pusing kanan kiri, saya tak tahu ape punca, tayar tak botak. Syukur tak ada kereta lalu sebelah jalan pada ketika itu. Fobia lg dan takut nk bwa kereta axia. Boleh bg pendapat apa yang saya perlu lakukan.
Aid says
Kejadian sama kpda saya pagi tadi, bila saya dah msuk halaman rumah nak parking.. Tetiba stering lock, dan kereta meluncur laju, saya tekan break kosong Alza baru pakai1 tahun setengah.. Jalan x licin, lepas tu masuk sliw saya rasa dalam 20kmj j sbb mmg tengah nak parking, tapi sebelum kejafian saya perasan srlepas service streing bila kita bawa mcm gegar sikit blm sampai sebulan pergi service di produa.. Ingt perang nak gi tmpat service semula tetapi boleh kena pula pagi..