• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah 5 Sportbike 125cc yang Boleh Buat Anda Geram dan Merenyam!

Inilah 5 Sportbike 125cc yang Boleh Buat Anda Geram dan Merenyam!

March 22, 2019 By ZY Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK motosikal 150cc seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150 mendominasi pasaran, motosikal dalam sesaran rendah 125cc seringkali terlepas pandang dari radar penunggang Malaysia, terutama golongan muda.

Jika dahulu, motosikal 125cc seperti Honda Wave Dash dan Suzuki Shogun menjadi pilihan anak-anak muda yang inginkan motosikal bergaya sporty pada harga bajet. Namun, pasaran 125cc nampaknya hanya tertumpu kepada model yang lebih 'sejuk' dan praktikal seperti Honda Future.

Tapi lain pula ceritanya di luar negara.

BACA >>> 8 Kapcai Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019

Di Eropah, berikutan struktur perlesenan yang mengehadkan penunggang muda kepada motosikal 4-lejang dengan sesaran 125cc dan kuasa maksimum 11kW (15hp), menyaksikan segmen ini kekal segar dan relevan. Walaupun tidak semuanya keluaran terkini, jentera-jentera tersenarai di bawah ialah antara motosikal 125cc di negara Barat yang bakal buat anda tertanya; "Kenapalah tak bawa masuk Malaysia?"

1. YAMAHA YZF-R125

Paling kecil dalam siri sportbike Yamaha R, impak yang dibawa R125 tidak kurang besarnya dalam pasaran 125cc Eropah. Sejak diperkenalkan pada 2008, model Yamaha ini kekal antara jentera 125cc pilihan di kalangan penunggang muda. Dengan kuasa maksimum 15hp, kotak gear 6-kelajuan dan rupa iras-iras Yamaha R6 dan R1, tidak sukar untuk dilihat kenapa.

Yamaha R125 (2019) jelas lebih low profile dengan grafik sangat ringkas

Keluaran terkini 2019 menerima naik taraf enjin hasil implementasi teknologi VVA, dan rekabentuk sama dengan R15 di Malaysia. Walaupun kuasa masih dihadkan kepada 15hp berikutan undang-undang perlesenan, tork kini lebih bertenaga, malah paling tinggi dalam kelas. Bagaimanapun dari segi gaya, maaf, kami masih pilih model 2017 sebelum ini yang nampak lebih garang dan lebih terasa seperti sebuah 'big bike' sebenar 🙂

2. YAMAHA MT-125

Memandangkan populari R125 yang tidak pernah surut, Yamaha Eropah membuat taruhan pada 2014 dengan menawarkan versi naked, Yamaha MT-125. Seperti R125 sebelum ini, sesaran enjin kecil tidak bermakna perlu merendah diri. Secara asas, masih berkongsi komponen dengan model fairing tapi digandingkan dengan gaya streetfighter yang cukup agresif. Malah tidak salah jika kami kata, MT-125 kelihatan lebih agresif berbanding abang-abangnya yang lebih besar.

MT-09? Bukan...

3. KTM 125 DUKE

Kebiasaannya, model bersesaran lebih tinggi pasti akan menerima perhatian yang lebih tinggi daripada pengeluar. Bagaimana pun lain perihalnya dengan KTM 125 Duke terbaru. Berbanding KTM 250 Duke di pasaran Malaysia yang menerima banyak turun taraf komponen daripada 390 Duke, versi cilik 125cc  masih mengekalkan gaya malah komponen yang sama. Mengejutkan juga, KTM 125 Duke turut menerima teknologi sambungan telefon pintar, My Ride yang ada pada 390 Duke, tapi tidak pada 250 Duke.

pandulaju - ktm duke 125
2017-KTM-Duke-250-Specifications-1

4. HONDA CB 125R

Baru saja dilancarkan awal tahun ini, sekali imbas tiada bezanya dengan CB 250R yang ada di pasaran Malaysia. Namun jika anda teliti, CB125R tampak lebih agresif, jika dibandingkan dengan CB250R dan CB150R (hanya di pasaran Thailand). Secara asas, kelengkapan yang digandingkan adalah sama; paling jelas fork depan teleskopik terbalik (USD) dan panel meter digital dikekalkan, tiada turun taraf.

2018 CB125R
2018 CB125R
pandulaju - cb250r

Bagaimana pun perubahan dapat dilihat pada sudut fairing kecil pada tangki yang lebih tajam, 'sampan' yang lebih tinggi hingga menutup sisi enjin dan ekzos pendek tersisip rapi di bawah enjin. Honda nampaknya benar-benar faham cita rasa orang muda apabila tidak menyalin bulat-bulat rekaan jentera CB yang lebih besar.

5. APRILIA RS 125

Aprilia RS 125 ialah legenda dalam dunia permotoran tempatan. Siapa tidak kenal, selain Cagiva Mito 125, model 125cc 2-lejang Itali ini turut bersiap sedia memalukan pesaingnya dari sebelah timur yang bersesaran lebih besar. Sejak dilancarkan pada 1992,  jentera 2-lejang 125cc berkuasa setinggi 34hp ini (sebagai perbandingan, kuasa maksimum Kawasaki Ninja 150RR cuma 28hp) terus diberi pembaharuan sehinggalah digantikan dengan RS4 125 pada 2011.

2009-aprilia-rs-125_800x0w
pandulaju - 2018-Aprilia-RS125-Replica-GP2a

Sayang sekali, RS4 125 ialah versi turun taraf dengan enjin terpaksa digantikan dengan jenis 4-lejang, membawa kepada output kuasa cuma 15hp. Bagaimanapun, Aprilia turut menawarkan kit perlumbaan rasmi meningkatkan sesaran kepada 180cc dan output kuasa kepada 25hp. Pada 2017, sempena ulang 25 tahun pelancaran, RS4 125 dijenamakan semula sebagai RS 125 dan meneruskan legasi sebagai jentera 125cc yang patut digeruni.


TAPI, KENAPA TIADA DI MALAYSIA?

Sebenarnya, pernah ada usaha membawa jentera 125cc sebegini ke pasaran tempatan. Bagaimanapun halangan utama ialah HARGA. Di Eropah termasuk Britain, motosikal-motosikal ini ditawarkan pada harga sekitar £3,500-£4,500 (RM18,850-RM24,200) untuk tukaran matawang terus, belum termasuk cukai dan sebagainya.

BACA >>> 7 Skuter Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019

Jika ada masih ingat, Aprilia RS4 125 pernah ditawarkan di Malaysia beberapa tahun lalu tapi dengan harga yang boleh membuatkan anda muntah darah. RM30,000 untuk sebuah jentera 125cc, 4-lejang, dengan kuasa cuma 15hp! Tidak dinafikan untuk penggemar setia, halangan ini boleh diatasi. Namun, mengambil kira persepsi rakyat kita terhadap motosikal bersesaran rendah, simpan sajalah angan-angan untuk lihat jentera tersebut atas jalan raya Malaysia.

Sedangkan sportbike 250cc pun boleh di-ayam-ayam-kan penunggang kapcai, apalah sangat versi125cc ni. Betul?

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: aprilia rs125, aprilia rs150, aprilia rs4 125, honda cb125, honda cb125r, honda cb250r, KTM 125 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, yamaha mt125, yamaha mt15, Yamaha R125, Yamaha R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev