Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup
Auto Terkini

Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup

Han OthmanBy Han Othman16/08/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

bas-sekolah-percuma-bg
APA kata anda mengenai rancangan Kerajaan mewujudkan bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota seperti dilaporkan beberapa media arus perdana semalam?

BACA >>> Beri bas sekolah percuma

Menurut beberapa sumber media berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik mengeluarkan kenyataan mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak penghuni PPR di Kuala Lumpur. Menurut beliau, usaha itu ialah inisiatif Kerajaan untuk menangani isu kemiskinan bandar.

Apa kata PanduLaju?

Secara rasional, sudah tentu kami menyambut baik usaha tersebut yang pastinya sedikit sebanyak mengurangkan beban kos sara hidup penduduk PPR. Rasanya, rata-rata netizen juga tentu bersetuju dengan usaha baik berkenaan bukan? Namun, sebagai pengamal media dalam industri automotif, kami dapati inisiatif berkenaan sebenarnya bukan saja mampu membantu meringankan beban sara hidup, tetapi juga berupaya memberikan impak positif lain.

Jadi, apakah yang mampu bas sekolah percuma lakukan?

1. ATASI MASALAH TRAFIK

bas-sekolah-percuma-indonesia
Indonesia adalah salah satu negara di rantau ini yang menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma (dipanggil bus sekolah gratis). Bezanya, perkhidmatan pengangkutan awam percuma tersebut diberikan kepada semua murid sekolah, dan tidak terhad kepada komuniti tertentu sahaja. Antara tujuan ‘bus sekolah gratis’ dilakukan adalah meredakan kesesakan jalan raya di bandar sekitar Indonesia kerana ibu bapa perlu menghantar dan mengambil anak mereka. Ya, bas sekolah percuma jika dilaksanakan dengan baik mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

2. JAMINAN KESELAMATAN

bas-sekolah-gembira
Hari ini, sudah menjadi perkara biasa murid di ibu kota menggunakan pelbagai pengangkutan awam yang disediakan untuk pergi atau pulang sekolah. Antara yang menjadi kerisauan ibu bapa ialah hal keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan awam tersebut sama ada teksi, LRT atau bas biasa kerana anak mereka perlu bercampur dengan pengguna lain.

Jadi, inisiatif bas sekolah percuma berserta drebar yang digajikan Kerajaan dapat membuatkan ibu bapa rasa lebih selamat dan percaya. Mungkin juga lebih baik jika bas sekolah itu nanti disediakan dua jenis, iaitu untuk murid sekolah rendah dan menengah.

3. PENANDA ARAS KUALITI & SERVIS

bas-sekolah-selesa
Tidak dapat dinafikan memang ada banyak perkhidmatan bas sekolah disediakan dengan bayaran berbeza. Malangnya, sesetengah perkhidmatan bas sekolah tersebut agak teruk dari segi kualiti dan servis disebabkan tiada saingan. Bas sekolah percuma yang selesa, bersih dan disenggara baik pasti menjadi standard baru kualiti yang mesti diikuti perkhidmatan bas sekolah berbayar sedia ada jika mahu kekal relevan. Walaupun bas sekolah percuma bakal membuatkan banyak perkhidmatan bas sekolah berbayar marah dan tidak puas hati, tetapi saingan sebegini sudah tentu disambut baik oleh pengguna.

BACA >>> GrabCar, Uber Jadi Pengangkutan Masa Depan, Mungkinkah Teksi Sudah Tidak Relevan?

4. DIDIK GUNA & JAGA PENGANGKUTAN AWAM


Inisiatif bas sekolah percuma secara tidak langsung dapat menyemai dan mendidik sikap menggunakan pengangkutan awam. Bukankah ini bertepatan dengan usaha Kerajaan yang mahukan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam, selain menjimatkan penggunaan rizab minyak negara yang boleh digunakan untuk kepentingan lain?

5. FASILITI DITAMBAH BAIK

bas-sekolah-stop
Disebabkan murid sekolah termasuk dalam kumpulan masyarakat yang perlu diberikan lebih perhatian, ini secara tidak langsung memberikan satu desakan kepada pihak berkuasa supaya menambah baik fasiliti sedia ada seperti hentian bas. Misalnya, bangku menunggu yang lebih sesuai dan mesra kanak-kanak, lampu dan pencahayaan yang cukup, sistem penggera dan bantuan kecemasan, WiFi atau telefon awam, dan lorong beratur yang terpisah daripada pengguna bas biasa. Penambahbaikan ini bukan saja baik untuk murid, tetapi juga pengguna perkhidmatan awam biasa.


Akhir sekali, sudah tentu pelaksanaan dan pengurusan. Murid perlu diajar menghormati hak awam dengan menggunakan bas sekolah percuma itu sebaiknya. Drebar pula mesti ada tanggungjawab menjaga bas sekolah seperti mana harta milik sendiri. Maksud harta sendiri di sini ialah ia perlu disayangi dan dijaga rapi. Bukan buat tidak endah saja. Peranan pihak Kerajaan juga jangan abaikan. Pihak berkuasa perlu peka dan pantas bertindak dengan aduan, menyelenggara dan memantau perkhidmatan, menambah baik jika perlu dan konsisten dengan usaha baik dilakukan. Bukan hanya hangat-hangat tahi ayam atau sekadar lepas tangan sahaja. 🙂

Auto Terkini bas sekolah bas sekolah percuma bas sekolah percuma PPR Kementerian Wilayah Persekutuan kos sara hidup Projek Perumahan Rakyat PPR)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

By Abang Hirata13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.