Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 4 Sebab Kenapa Perodua Myvi Laku Keras Walaupun Sudah 12 Tahun
Auto Terkini

Inilah 4 Sebab Kenapa Perodua Myvi Laku Keras Walaupun Sudah 12 Tahun

Abang GYLBy Abang GYL29/05/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perodua MyviTIDAK lama lagi, model paling laris seantero Malaysia, Perodua Myvi, bakal mencapai satu juta unit pengeluaran dalam tempoh terdekat.

Sehingga kini selepas 12 tahun, Perodua Myvi atau juga gah dengan julukan Taliban dan King of the Highway itu bakal mencipta sejarah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua Myvi bukan saja dijual dalam pasaran tempatan, malah turut dieksport ke tujuh negara, seperti Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, Britain, Fiji dan Nepal.

Ramai juga tertanya-tanya apakah rahsia Perodua hingga mampu mengekalkan Myvi selama itu, selain mampu menjadikan antara model terlaris di Malaysia.

Jawapannya mudah. Perodua sentiasa menitikberatkan aspek kualiti. Berikut ialah empat sebab utama mengapa Perodua Myvi mampu kekal cemerlang hingga ke hari ini:

1. MAMPU MILIK

Perodua sentiasa memastikan harga yang ditawarkan mampu milik. Walaupun melakukan beberapa penambahbaikan (facelift), Perodua cuba untuk mengekalkan harga jualan tanpa membebankan mana-mana pihak.

2. BERKUALITI

Tidak dinafikan Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Tipulah kalau katakan kereta Perodua 100 peratus ‘perfect’. Tetapi, agak jarang kita dengar model-model Perodua kerap berdepan masalah kualiti. Kalau ada pun dapat diselesaikan tanpa masalah sama perlu berulang lagi. Kalau tidak, takkanlah Perodua Myvi berjaya merangkul sebagai model paling laris di Malaysia? Anda nilaikan sendiri.

BACA >>> 11 Golongan Patut Beli Kereta Terpakai, Mungkinkah Anda Salah Seorang?

3. ADA NILAI DI PASARAN KERETA TERPAKAI

Salah satu kejayaan Perodua ialah kadar nilai kereta terpakai yang masih tinggi. Jika mahu jual, tetap laku tidak kira transmisi manual mahupun automatik.

BACA >>> Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi…

4. SERVIS SELEPAS JUALAN TIP-TOP

Aspek ini sangat penting bagi mana-mana pengeluar kereta. Jika servis selepas jualan teruk, kereta sebagus manapun pasti ‘hancur’. Servis selepas jualan ialah nadi utama dalam menentukan hala tuju sesebuah jenama itu.

Perodua cukup komited memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam kondisi baik. Pelbagai inisiatif diambil untuk memastikan pelanggan terus mengunjungi pusat servis walaupun waranti kenderaan sudah tamat. Antaranya, mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti.

BACA >>> Perodua Myvi – Nampak Biasa Tapi Berbisa!

Perodua MyviApapun, kami harap Perodua dapat mengekalkan momentum sedia ada dan terus mengeluarkan model-model berkualiti. Tapi jangan ‘kembang punggung’ pula selepas dipuji dan teruskan usaha anda untuk memeriahkan lagi lanskap automotif negara.

Lagi satu, khabarnya pengganti Perodua Myvi baharu bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Tunggu! 🙂

BACA >>> Bilakah Perodua Myvi 2017 Akan Dilancarkan? Inilah Jawapan Perodua….

GALERI

Perodua Myvi
Perodua Myvi
harga perodua myvi King of the Highway Myvi Perodua Myvi rahsia perodua myvi Taliban
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026

    5 Comments

    1. Wak on 30/05/2017 18:38

      Paling kerap di pandu laju.
      Kerana pemandunya kebanyakkan ialah orang muda.

      Reply
      • Amran on 01/06/2017 09:49

        Iriz pun sama laju. Tp tak laku

        Reply
    2. Tasha on 07/06/2017 22:20

      Saya setuju! Saya pun suka myvi.
      Laju dan compact, tak adalah stereng mengigil kat highway.
      Minyak jimat pun jimat.

      Reply
    3. Promosi Myvi on 29/06/2017 20:08

      Myvi mmg best drive..
      1.5 mmg laju dah sama enjin dgn alza..

      Reply
    4. Perodua Kota Damansara on 13/08/2017 00:48

      Nantikan kemunculan myvi baru 🙂

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.