Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Motosikal China ‘Copy Ori’ yang Serupa Tapi Tak Sama
Auto Terkini

10 Motosikal China ‘Copy Ori’ yang Serupa Tapi Tak Sama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/11/20203 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRODUK buatan China memang sinonim dengan barangan tiruan yang mudah kita samakan dengan barangan tulen popular di pasaran.

Daripada barang peribadi seperti beg tangan,dan telefon pintar hingga automotif seperti kereta dan motosikal. Semua habis diciplak pengeluar dari Negara Tembok Besar itu.

Landwind X7
Range Rover Evoque

Produk tiruan di China bermula sejak 1990-an hingga awal 2000-an. Antara kes paling mendapat perhatian dunia dalam dunia automotif  ialah model Landwind X7 yang mirip Range Rover Evoque. Pihak Land Rover pernah memfailkan saman pada 2015 di mahkamah China untuk menghentikan jualan Landwind yang mana proses tuntutan mahkamah mengambil masa empat tahun.

Ini kerana China tiada akta perlindungan atau undang-undang mengenai hak cipta paten. Inilah membuatkan isu ciplak, plagiat, tiruan dan seumpamanya begitu berleluasa di sana hingga merugikan pengeluar jenama asal, termasuk menjejaskan reputasi negara itu sendiri.

Sekarang apa kata kita senaraikan 10 model motosikal yang menjadi mangsa plagiat pengeluar China.

1. Yinben YB200-A VS Honda CB150R Exmotion

Yinben YB200-A diperkenalkan pertengahan tahun lalu dan mengambil ilham daripada sportbike neo retro Honda CB150R Exmotion. Apa berbeza, model klon ini dijana enjin lebih besar berkapasiti 200cc penyejukan udara.

Jika diteliti, jelas sekali YB200-A meniru asas rekabentuk CB150R Exmotion daripada rupa depan hingga belakang, dan begitu juga lekuk badan, pelana dan fender belakang. Semuanya nampak mirip roadster Jepun itu. Paling ketara ialah bentuk lampu utama bulat terpisah yang identik dengan CB150R Exmotion.

Jika CB150R Exmotion menggunakan frem trellis, YB200-A menggunakan frem diamond dengan bahagian roda menggunakan tayar saiz 140 (belakang) dan 110 (depan).

BACA >>> Yinben YB200-A – Sportbike Neo Retro Klon Honda CB150R Exmotion dari China

2. Moto S450RR VS BMW S1000RR

Moto S450RR tampil seakan superbike BMW S1000RR. Malah kehadiran sportbike China itu menarik perhatian BMW Motorrad yang memutuskan mahu menyiasat isu berkenaan mengikut undang-undang dengan memandang serius isu ciplak dan plagiat.

S450RR nampak seiras S1000RR yang dapat dilihat pada struktur dan garis badan walaupun bahagian belakang nampak seperti gaya Kawasaki. Paling ketara ialah skema tiga warna, biru-merah-putih dan grafik badan yang menguatkan lagi anggapan umum model itu memang bertujuan meniru S1000RR.

Dari segi mekanikal, S450RR dijana enjin dwi-silinder 450cc penyejukan cecair berkuasa 25hp @ 6,500rpm dan tork 22Nm @ 7,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!

3. Finja 500 VS Kawasaki ZX-10R

Selepas BMW S1000RR, giliran Kawasaki pula menjadi mangsa terbaharu. Model diperkenalkan itu ialah Finja 500 yang sekali pandang mirip superbike Ninja ZX-10R, tetapi dengan trenkuasa berbeza.

Persamaan dapat dicam ialah rekabentuk lampu depan dan belakang, termasuk grafik dan warna badan meniru ZX-10R, cuma tidak sekemas versi original, serta tertera lencana ‘Finja’ pada fairing sisi. Lampu depan boleh dikatakan 80 peratus mirip ZX-10R dan apa tidak sama ialah LED dan cermin lampu.

Begitu juga rekabentuk belakang tirus dan bentuk lampu sama seperti superbike Jepun itu. Bagaimanapun, spesifikasi terperinci tidak didedahkan. Finja 500 dijana enjin dwi-silinder 500cc berkuasa 50hp.

BACA >>> Finja 500 – Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

4. Wonjan WJ150 VS Honda MSX 125

Wonjan WJ150 ialah pengeluar sama yang menghasilkan model acah Ducati Panigale di China. Cuma fun bike itu menampilkan enjin lebih besar, 150cc berbanding versi tulen Jepun, 125cc. Trenkuasa WJ150 menghasilkan kuasa 13.1hp, manakala Grom 10hp.

5. Yayama R6 VS Yamaha R6

Sebut saja nama Yayama R6 sudah boleh buat kita ketawa besar. Jelas sekali motosikal itu cuba meniru Yamaha R6. Walaupun R6 tulen menggunakan enjin 600cc, tetapi model China itu ialah versi sportbike aras mula, 150cc.  Lebih lucu, slogan ‘Produce by Sport’ juga salah dari segi ejaan, menjadi ‘Producde’. 😂

Itu mungkin disengajakan, dan begitu juga Yamaha menjadi Yayama. Dengan komponen kelas atasan seperti rim besar, dwi-brek cakera di depan dan fork terbalik (USD), semua itu nyata tidak seimbang dengan kapasiti enjin ditawarkan, iaitu cuma 150cc penyejukan udara. Ini membuatkan penampilan fairing dan saiz tayar nampak tidak seimbang.

6. Kengo R350 VS Kawasaki Ninja 300

Kengo R350 ialah pencabar kepada Ninja 300 dan sportbike ini turut memasuki pasaran luar China seperti Vietnam dan Thailand dengan menghasilkan kuasa cukup besar, 23.5hp dan tork 22Nm berkuasa 39hp.

Lagi perkara lucu mengenai sportbike ini ialah sistem penyejukan enjin menggunakan radiator, dan blok masih ada sirip seperti model penyejukan udara.

7. ZJMM R12 VS Honda CBR 250R

Zhejiang Jiajue Motorcycle Manufacturing (ZJMM) R12 ialah model plagiat daripada sportbike Honda CBR250R. Pengeluar China itu meniru buat-bulat bentuk dan gaya Honda CBR250R. Cuma nama saja yang berbeza.

R12 dilengkapi brek cakera dan teknologi LED pada lampu depan yang menyamai penampilan seperti CBR250R.

Di China R12 dihasilkan di kilang Zhejiang Jiajue di Zhejiang. Produk itu hanya ditawarkan untuk pasaran domestik Chinma dalam pilihan enjin 125cc dan 250cc. Motosikal itu juga didatangkan dengan rim aloi berbeza, silenser lebih pendek dan paparan indikator berbeza.

8. Wonjan WJ300 Space Ranger VS Ducati Panigale

Industri tempatan China berjaya menghasilkan produk Ducati Panigale versi murah. Model klon itu dinamakan Wonjan WJ300 Space Ranger. Rekaan WJ300 begitu mirip Panigale dan hadir dengan pilihan fairing atau semi-fairing. Perbezaan paling ketara ialah enjin yang cuma bersesaran 300cc berbanding Panigale asli berkapasiti 1,198cc.

9. Gulsar 180 VS Bajaj Pulsar 180

Siapa sangka model ini meniru produk India dengan nama Gulsar 180, seakan sama seperti produk asal, Pulsar 180. Lihat saja rekabentuk kedua-dua model yang sangat mirip, tetapi jika dibuat perbandingan setara, Pulsar lebih ‘tajam’ berbanding Gulsar. Tambahan lagi, Gulsar 180 menggunakan rim jejari dan lampu depan  konvensional berbentuk bulat.

10. XGJao XGJ350 VS Yamaha R25

Model Yamaha R3 versi klon China dinamakan  XGJao XGJ350 yang didatangkan dengan trenkuasa 350cc berkuasa 23.5hp dan tork 25Nm. Sebagai perbandingan, R3 menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 321cc.

Motosikal klon R3 itu secara visual sangat mirip dengan model asal walaupun terdapat beberapa perubahan. Paling jelas, penambahan lampu depan projektor dan skema warna berbeza. Menariknya, motosikal ini juga dilengkapi tabung ekzos kuad (dua setiap sisi).

BACA >>> Tiada Lagi Yamaha YZF-R6 di AS dan Eropah, Cuma Ada Versi Race
BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
BACA >>> Lamborghini Urus China Bakal Lancar dengan Harga Mampu Milik

autoterkini Finja 500 Kengo R350 Moto S450RR motor china motor klon roda2 Wonjan WJ300 Space Ranger Yayama R6 Yinben YB200-A
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Pecah Rekod Jualan 2025 Di Sebalik Ketidaktentuan Global!

22/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

21/01/2026
Auto Terkini

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi Pertama Negara

21/01/2026
Pesawat Malaysia Airlines (MAS)
Auto Terkini

Operasi Carian MH370 Liputi 7,236km Persegi, Tiada Penemuan Setakat Januari

21/01/2026

3 Comments

  1. FauZi on 28/11/2020 12:21

    Cina suka ciplak barang. Tapi tak ada qualiti.

    Reply
  2. Fauzi on 28/11/2020 12:22

    Cina selalu copy barang. Tapi tak ada qualiti.

    Reply
  3. Jan on 29/11/2020 14:41

    Finja the best !

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.